Part 14

358 63 4
                                        

Jin segera mengenggam lengan Jisoo dan memaksa dia berhenti.

"Berhenti, Jisoo. Awak nak ke mana? Awak perlu rehatlah. " kata Jin cuba memujuk Jisoo untuk tidak meninggalkan rumah itu.

"Saya dah okylah awak. Takpe, saya nak balik rumah saya jer. " kata Jisoo cuba untuk tersenyum.

"Tapi awak yg suruh saya jangan tinggalkan awak. Sekarang, awak yg nak tinggalkan saya. " kata Jin dengan nada yg kecewa.

"Siapa cakap saya nak tinggalkan awak? Saye just cakap nak balik rumah saye jer. " kata Jisoo terkekeh kecil.

Jisoo mengusap rambut Jin dengan lembut.

"Saye just tak nak kawan-kawan awak mula benci pada awak. Walaupun saya tak pandai sangat pasal kawan nih sebab yelah, saya bukan ada kawan pun-- " kata Jisoo dan ketawa.

"But...Please hargai kawan awak bila mereka masih ambil berat tentang awak. " tambah dia lagi.

Jin hanya membisu. Dia tak tahu bagaimana mahu membalas kata-kata Jisoo. Buntu.

"Takpe, awak masih boleh datang rumah saye atau mesej saya jadi tak lah awak rindu sangat nanti. " kata Jisoo dan mencubit pipi Jin dengan mesra.

Jin mula tersenyum. Dia memegang tangan Jisoo dan merenungnya dengan lama.

"Okylah, kalau itu yg awak nak. Lagipun, saya rasa awak lebih selamat kalau tinggal di rumah awak. Dekat sini mungkin akan lebih membahayakan awak. " kata Jin agak menyesal kerana dialah yg membawa Jisoo ke rumah dia.

Jisoo mengangguk perlahan.

"Maafkan saye sebab bawak awak dekat sini. Kalau tak semua nih tak jadi. " kata Jin dengan kesal.

Jisoo tersenyum dan memeluk Jin.

"Takpe, walaupun kejap jer saya tinggal sini, tapi macam-macam saya dah lalui. Lagipun, saya dapat kenal dengan kawan-kawan awak. "

Jin hanya tersenyum tawar dan memeluk Jisoo dengan erat. Dia berasa kesian terhadap nasib Jisoo.

"Dah, tak payahlah sedih-sedih. Bukannye kita tak akan berjumpa lagi kan? " kata Jisoo dan melepaskan pelukan itu.

"Sedihlah..Nanti sape nak peluk saye lagi. " kata Jin dengan nada merajuk.

"Alahhh, nanti awak tidur la sehari dua di rumah saye. Awak nih, buat teruklah. " kata Jisoo sambil ketawa melihat karenah Jin.

"Tapi janji, awak tak akan tinggalkan saye kan? " kata Jisoo sambil mengeluarkan jari kelingking dan menghalakan kepada Jin.

Jin mengangguk dan menyilangkan jari kelingkingnya dengan Jisoo.

"Janji! "

Mereka berdua tersenyum dan memeluk satu sama lain.

____

Jisoo memindahkan barang-barang yg telah dibawa ke rumah Jin ke rumahnya semula sambil dibantu beberapa orang pekerja yg Jin telah cari.

Selepas beberapa jam kemudian, Jisoo mengucapkan terima kasih kepada pekerja itu dan menutup pintu.

Dia melihat ruang tamu nya itu.

Walaupun dia dapat tinggal beberapa hari di rumah Jin, dia tetap berasa seronok dan bersyukur kerana berpeluang merasai berada di rumah yg besar dan mewah.

Dia menghembus nafas tanda penat dan duduk di atas sofa.

"Fuhh, penat betul kemas. " Jisoo berkata sambil mengurut kaki.

Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya dia seorang yg tinggal di dalam rumah itu.

Dia mengambil telefon pintarnya dan ternampak beberapa mesej daripada Jin.

Dia tersenyum sendirian. Alahh, dah rindu ke?

Jin Hensem 💜
Awak dh habis kemas?
Semuanya oky?
Perlukan ape-ape bantuan?

Semuanya oky. >3<


Jisoo tersenyum gembira. Seronok apabila ada orang caring pasal dirinya.

Sedang dia tersenyum sendirian, dia terdengar sesuatu di dapurnya. Dia mengerutkan dahinya dan menuju ke dapur untuk melihat bunyi apakah itu.

"Ape benda tu? "

Dia melihat di atas lantai dan terdapat bunga ros di atas lantai. Dia mengambil bunga ros itu dan menghidupnya. Wangi!

"Nih mesti Jin bagi! " katanya dengan teruja.

Dia meletakkan bunga tersebut di sebuah pasu kecil yg terdapat di atas meja bersebelahan sofa merah itu.

"Sempat lagi dia buat surprise ehh. " kata Jisoo sambil tersengeh-sengeh.

Dia merenung bunga tersebut dengan lama sambil memikirkan Jin.

"Haihh, macam mane lah saye boleh jatuh cinta dengan awak, Jin? Walaupun kita baru jer kenal, tapi saye dah rase mcm kenal awak lame sangat! Maybe memang betul kita ditakdirkan bersame. " kata Jisoo sambil berangan-angan tentang Jin.

"Ishh, cepatlah kahwinn!! " kata Jisoo dengan teruja dan menutup mukanya dengan bantal di atas sofa dengan malu-malu.

Thuk! Thuk! Thuk!

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk beberapa kali.

"Hah? Jin ker?! " kata Jisoo dengan teruja.

Dia segera melompat dari sofa itu dan berlari membuka pintu.

Namun, dia kecewa dengan apa yg dilihat dihadapannya.

"Kenapa korang datang lagi ni?! " kata Jisoo sambil bercekak pingang.

Kelihatan 7 orang budak lelaki sedang berdiri dihadapannya.

"Unnie, kenapa haritu kami nampak unnie bawak keluar barang-barang dalam rumah ni? " tanya seorang budak lelaki yg tembam sedikit.

"Lepastu bila kami datang balik, unnie dah takde. " kata seorang budak lelaki berambut pendek.

"Baru hari nih nampak unnie semula. " tambah lagi seorang budak lelaki yg pendek.

"Biarlah, sibuk jelah unnie nak pergi mana pun. Korang jangan sibuk! " kata Jisoo dan hampir menutup pintu namun berhenti apabila budak lelaki yg tembam sedikit mengeluarkan kata-katanya.

"Unnie tinggal dengan seorang pakcik ke? "

Jisoo mula meremang. Pakcik mane pulak?

"Ape awak cakap ni? " tanya Jisoo dengan agak takut.

"Ehh? Tadi kan, kami nampak pakcik tuh ade belakang rumah Unnie. " kata seorang budak lelaki yg tinggi sedikit dari mereka.

"Ish, jangan merepeklah! Saye tinggal sorang-sorang dalam rumah nih. Mane ade pakcik pulak?! " kata Jisoo cuba menenangkan diri.

Baru sahaja Jisoo mahu menyuruh mereka pergi, mereka menjerit serentak dengan mengejut.

"WUAKRHHH LARII!! "

"ARKHHH LARI LARI! "

Jerit mereka sambil lari bertempiaran.

Jisoo melihat mereka dengan pelik. Dia menoleh ke kiri dan kanan namun tiada kelibat sesiapa pun di situ.

Jadi, kenapa diorang lari mcm tu?!

Jisoo hanya mengendahkannya sahaja dan menutup pintu semula.

____

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang