🦊Pengenalan🦊

387 44 13
                                    

Assalamualaikum kepada seluruh warga penduduk dunia oren!

Kita kembali lagi dalam Anime Award untuk kali yang kedua!

Award ini hanya melibatkan pelbagai watak yang dipertandingkan di dalam sebuah karya anda. Segala penilaian hanya akan dibuat melalui cara para penulis menyampaikan watak-watak yang terlibat di dalam sebuah cerita.

Tanpa berlengah lagi, kita terus kepada jenis-jenis watak yang akan dinilai oleh juri.

***

1. Protagonist

Watak utama yang di dalam sebuah cerita.
- watak yang mengetuai sebuah cerita.

- watak yang mengetuai sebuah cerita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


2. Deuteragonist

Watak kedua penting selepas protagonist di dalam sebuah cerita.
Contoh: rival, kekasih, kawan baik

- watak kedua terpenting yang paling ada kaitan dengan protagonist di dalam sebuah cerita.

- watak kedua terpenting yang paling ada kaitan dengan protagonist di dalam sebuah cerita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3. Tritagonist

Watak ketiga penting selepas protagonist dan deuteragonist di dalam sebuah cerita.
Contoh: lebih kurang macam deuteragonist juga tapi cuma kurang penting berbanding deuteragonist.

- watak yang ketiga terpenting yang ada kaitan dengan protagonist di dalam sebuah cerita.

- watak yang ketiga terpenting yang ada kaitan dengan protagonist di dalam sebuah cerita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


4. Antagonist

Watak jahat yang utama di dalam sebuah cerita.
- wataknya berkaitan dengan protagonist. Kelakuan yang buruk terhadap protagonist. Selalu muncul hanya untuk menjatuhkan protagonist.

- tidak kira sama ada wataknya jahat sebetulnya ataupun watak nakal yang suka menjatuhkan protagonist.

5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


5. Annoying Side Character

Watak sampingan yang annoying.
- Watak yang menimbulkan pembaca rasa annoying, menyakitkan hati dan rasa geram atau watak komedi.

- Watak seperti ini selalunya dapat spoil mood protagonist.

- Watak annoying yang dilakukan sama ada melalui niat jahat, tidak sengaja, cuai atau pun watak yang aneh-aneh mengikut kreativiti penulis.

- Dia juga dapat membuatkan keadaan di sekitarnya menjadi huru-hara dengan kelakuan annoying yang dilakukan sehingga melibatkan beberapa watak yang lain.
(Boleh membuatkan pembaca rasa sakit hati dengan watak ini.)

- semua yang berkaitan dengan watak ini mestilah tidak melebihi watak antagonist. (jika antagonist sama seperti watak ini, boleh. Asalkan wataknya bukan watak jahat utama)

***

Watak-watak di atas tidak mustahil jika melebihi daripada satu watak. Jika anda dapat menyampaikan atau mengelirukan saya dengan watak-watak anda yang melebihi daripada satu watak bagi protagonist, deuteragonist, tritagonist, antagonist dan juga annoying side character, anda sememangnya hebat di dalam penciptaan watak yang strong di dalam cerita anda.

Jadi bagaimana pula di dalam penilaian?

Semestinya saya akan menilai semua watak yang disenaraikan oleh anda di bahagian borang pendaftaran nanti. Tetapi, saya akan mengira watak yang mempunyai markah yang tertinggi di dalam posisi watak tersebut.

Jika tiada di dalam watak cerita anda, hanya perlu letak tanda (-) di dalam borang pendaftaran nanti.

Syarat Award ini 10 bab. Jadi, juri hanya menilai 10 bab sahaja.

Contoh 1 (kartun Doraemon)

Protagonist: Nobita
Deuteragonist: Doraemon
Tritagonist: Shizuka
Antagonist: Giant
Annoying Side Character: Suneo

Contoh 2 (kartun Ejen Ali)

Protagonist: Ali
Deuteragonist: Alicia
Tritagonist: Bakar, Rudy
Antagonist: Uno
Annoying Side Character: Bakar, Jenny/Cinco, Dr Aaron.

Contoh 3 (anime fairy tail)

Protagonist: Natsu Dragneel
Deuteragonist: Gray Fullbuster
Tritagonist: Erza Scarlet
Antagonist: Zeref
Annoying Side Character: Celestial spirit's Lucy, Juvia

Contoh 4 (kdrama Boys Over Flower)

Protagonist: Geum Jan-di
Deuteragonist: Gu Jun-pyo
Tritagonist: Yun Ji-hu
Antagonist: Kang Hee-soo, Gu Jun-pyo, Ha Jae-kyung
Annoying Side Character: Ha Jae-kyung

(tak ingat sangat watak-watak ni sebab dah lama sangat tak tengok cerita ni dah.)

***

Hadiah untuk Anime Award ini tidaklah sehebat mana pun. Tetapi ianya sebagai penghargaan daripada saya.

Haa ye, saya seorang sahaja yang menguruskan Award ini.

Jadi...

Hadiah untuk para pemenang:
✨Sticker
✨Sijil

Hadiah untuk yang kalah:
✨Sijil

Apa yang beza untuk Anime Award 2021 berbanding Anime Award 2020?

Tak ada beza sangat pun. Cuma beberapa rules sudah diubah dan tema untuk Anime Award 2021 ini berbeza.

Ada lagi..

Semasa saya membaca karya-karya awak, saya akan vote dan komen. Jadi bersiap sedialah untuk terima komen daripada saya ye.. *gelak jahat.

Jangan risau. Komen daripada saya tidak termasuk di dalam markah penilaian karya awak tetapi hanya untuk suka-suka je.

The Anime Award 2021 (CLOSED)Where stories live. Discover now