Angin bertiup sepoi sepoi bahasa di ruangan balkoni, di mana Hans duduk sambil terkenang masa lalu bersama kawan baiknya yang sudah dia anggap sebagai abang angkat nya, Simon.
"Hans , dah siapkah? Bila nak gerak?" panggil adiknya, Bretha. Mereka bercadang untuk kembali ke rumah di mana mereka membesar, rumah yang penuh kisah lampau dan memori pahit manis, rumah itu sudah lama mereka tidak lawati, pakcik mereka sahaja yang masih kerap ke rumah itu untuk membersihkannya setiap hujung minggu. Mereka bercadang untuk mengadakan hari keluarga di sana bersama seluruh keluarga besar.
Sepanjang perjalanan, Hans masih terkenang akan Simon. Penglihatannya tertumpu kepada pemandangan sepanjang ke rumah lama mereka yang membuat memorinya bersama Simon semakin kuat bermain di minda.
Di suatu hai yang cerah, kelihatan Hans duduk di ruang tamu, menghabiskan pembacaannya tentang buku sains fiction. Kedengaran deruman kereta ibu bapa Hans yang baru balik daripada menyelesaikan urusan di mahkamah.
"Hans.. sini kejap ada mamy mau bagitau" panggil ibunya yang baru melangkah di pintu rumah.
"Hans, ini Simon, mulai hari ini, dia akan tinggal bersama dengan kita, kerana Mamy dan dady ambil nya sebagai anak angkat. Mamy tidak mau Hans seorang diri, mulai hari ini, panggil dia abang , okay Hans." kata ibunya kepada Hans.
"Hello brother !" Simon senyum sambil mengulurkan tangan sebagai tanda perkenalan, namun Hans berpeluk tubuh dan tidak menyambut salam Simon. Dia sangat tidak setuju dengan tindakan kedua ibu bapanya tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu.
Pelbagai cara dilakukan Simon untuk memujuk Hans supaya menerimanya tinggal di rumah itu, namun Hans tetap berkeras hati, sudah bertahun lamanya dia menjadi anak tunggal, sukar buatnya untuk menerima bahwa dia perlu berkongsi kasih sayang kedua orang tuanya. Di sekolah, Hans selalu duduk bersendirian, dia tidak mempunyai rakan karib oleh itu dia selalu dibuli oleh rakan-rakan sekelasnya, dan digelar sebagai Anak Mama. Hans tidak pernah memberitahu kedua orang tuanya tentang hal itu untuk. Simon pula bersekolah di sekolah lain, tidak jauh dari sekolah Hans. Kereta ayah Hans rosak, dan mereka terpaksa menunggu sehingga kereta siap di baiki. Simon berfikir untuk pergi ke sekolah Hans dan sama-sama menunggu ayah mereka.
Ketika dia hampir sampai di sekolah Hans, kelihatan Hans sedang di buli oleh beberapa budak sekolah di luar kawasan sekolah, mereka mengugut Hans, pelajar-pelajar itu membuka beg dan membuang buku-buku latihan di jalan raya.
Simon yang berang melihat adik angkatnya diperlakukan seperti itu berlari ke arah mereka.
"Oi, apa kamu buat tu hah?".jerit Simon dari jauh. Tubuh badan Simon memang kelihatan besar dan tinggi, budak-budak tingkatan 1 pasti takut akan dia. Mereka terus melepaskan Hans dan melarikan diri. Hans menangis ketakutan. Simon berlari mendapatkan Hans.
" Relax Hans, jangan risau saya di sini, saya jaga kamu" Simon menenangkan Hans dengan menggosok belakangnya. "Terima kasih", buat pertama kali Hans bercakap dengan Simon. Simon tersenyum sambil terus menenangkan Hans.
Mulai dari peristiwa itu, Simon di pindahkan ke sekolah Hans. Simon masuk di kelas Tingkatan 2 Cemerlang yang merupakan kelas di kedudukan yang pertama di sekolah itu. Hubungan Simon dan Hans semakin rapat, ketika rehat mereka pasti akan makan bersama bekalan yang disediakan oleh ibu mereka. Hans yang dulunya sentiasa muram, kini mula muncul sinar kegembiraan di mukanya. Dia semakin ceria dan mula bergaul dengan rakan sekelasnya. Simon gembira dengan perubahan positif dalam diri adik angkatnya itu. Namun terkadang dia akan berlinangan air mata apabila mereka sekeluarga meluangkan masa bersama-sama.
Simon merupakan pelajar cemerlang di sekolah lamanya, dan begitu juga dia di sekolah baharunya, SMK Tanjung Putih. Ramai yang suka berkawan dengannya kerana sikap peramah nya kepada semua pelajar dan guru-guru di sekolah. Simon juga mahu Hans untuk lebih bergaul dengan ramai pelajar dan meluaskan skop pergaulannya di sekolah. Dengan itu, dia akan lebih berani untuk bercakap di hadapan orang ramai dan mempunyai pendirian yang tetap kepada dirinya. Setiap kali rehat, Simon akan mengajak seorang pelajar perempuan, Dymna,. Dymna yang merupakan seorang pelajar perempuan yang cantik dan pandai di sekolah itu. Dia sentiasa berada di tempat yang pertama dalam rangking pelajar tingkatan 1. Dia mengagumi Dymna, seorang yang pintar dan selalu membantu kawan-kawannya di kelas. Walaupun Dymna dan Hans berada di kelas yang sama setiap kali pendidikan Moral, dan mereka sering satu kumpulan projek sekolah. Hans tidak pernah bercakap dengannya. Di dalam sudut hati Hans, dia sudah lama ingin berkawan dan mengenali Dymna dengan lebih dalam tetapi sifat pemalu yang ada dalam dirinya membuatkan dia membatalkan niatnya itu.
YOU ARE READING
Hello Brothers
Storie breviSiapa tahu mereka yang disekitar kita tidak beredar dalam pergerakan waktu yang sama.