Hujan yang lebat seronok membasahi bumi membuatkan sekujur tubuh jasmiyn bergerak menutupi keseluruhan badannya yang sedikit kedinginan.
Tapak tangannya dikeluarkan lalu ditadahkan kearah luar pagar dihadappannya....dibiarkan hujan itu membasahi telapak tangannya.
Tanpa dia sedar lantas sahaja bibirnya mengeluarkan keluhan kecil.
Kenapa......
Kata-kata Ayahnya kembali terlintas di akal fikiran...
Flashback......
"Ayah nak miyn nikah dengan Az....".kata putus Ayah jasmiyn membuatkan dia membuntangkan mata...dada yang tenang tadi terus mengepam laju....nafas siakan tersekat di kerongkong.
" Ta...tapi Yah....miyn tak ready lagi ". Tergagap dia membantah kata-kata keramat itu.
" miyn...for the last ni je Ayah nak , sebelum ni Ayah terpernah halang Miyn untuk miyn buat ap yang miyn nak,And then for this time please dengar cakap Ayah". Kata-kata Ayah jasmiyn yang berbaur sedikit rayuan itu membuatkan lidahnya kelu berbicara.
"Bagi miyn masa untuk fikir benda ni, kahwin bukan perkara main-main bukan sehari dua hidup bersama tapi untuk keakhir hayat, miyn naik atas dulu". Pamit Jasmiyn meninggalkan ruang tamu tanpa mendengar kata-kata yang akan dihujahkan lebih banyak oleh Ayahnya.
End flashback.....
Bibir mungil jasmiyn mengeluarkan sedikit keluhan. Tak pernah terlintas dek Akal untuk mendirikan rumah tangga, dia tak cukup sedia untuk menggalas tanggungjawab yang satu itu.
Hujan yang membasahi bumi semakin lebat turun. Diselangi dengan air mata yang semakin lebat membasahi pipi mulusnya. Kenangan lalu terimbau kembali, air mata dibiarkan jatuh tanpa diseka.
Kakinya dibawa menaiki katil. Terus sahaja badan rampingnya direbahkan dikatil empuk itu. Air mata masih menemani wajahnya.
' Syafiq Aryan '
Nama itu masih segar dalam ingatannya. Matanya perlahan-lahan tertutup rapat.
'Biarlah ia berlalu. Cukup sakit untuk di kenang'.
°°°°°°°°°°°°°
Rambut kemas milik Azfril diserabutkan. Runsing sahaja kelihatan wajahnya,kakinya mundar-mandir sekejap ke kanan, sekejap kekiri.
'Aci tak kalau aku nangis, huhuhuhu'.
Selepas kepergian arwah isterinya dia tiada hati untuk ingin menyulam kasih dan rasa cinta bersama seorang perempuan. Tapi kini situasi itu berubah dengan sekelip mata.

ANDA SEDANG MEMBACA
You & Me Till Jannah~
RomanceCinta?! Bagi gadis yang bernama JASMIYN KAYLA perasaan itu telah hilang dalam diri dibawa pergi oleh jejaka bernama SYAFIQ ARYAN. Pergi tanpa kata,tanpa berita, meninggalkan JASMIYN KAYLA. Selama tiga tahun menanggung perit untuk menjadi penunggu j...