The Hacker

31 1 0
                                    

"Nayla, aku ada kerja untuk kau hari ni. "

Bunyi email baru masuk diterima oleh Nayla. Nayla tahu apa yang patut dia buat. Memakai cermin mata kerana masalah rabun akibat terlalu lama mengadap laptop. Hanya dengan cahaya dari lampu laptop yang ada menampakkan wajah Nayla yang serius dengan kerjanya. Rambut di sanggul tinggi. Memakai baju t-shirt yang bersaiz besar dan seluar tidur. Nayla mencapai segelas nescafe yang berada dihadapannya.

Suasana bilik yang sunyi.  Buku dan pakaian berteraburan diatas lantai tapi tidak dihiraukan. Matanya masih fokus untuk menyiapkan kerjanya walaupun sudah 3pagi.  Walaupun besok Nayla harus bekerja tapi dia tidak akan tidur kalau dia harus bekerja sebagai 'hacker'. Nayla telah selesai kerjanya. Nayla harus mengodam sistem cctv sebuah hotel dan disambungkan pada Leader.

Nayla tahu apa yang Leader cuba untuk buat. Leader sedang mencari bahan bukti yang kekasihnya curang dibelakangnya.  Walaupun itu dikira sebagai masalah peribadi,  Nayla tidak kisah sebab itu memang kerjanya sebagai seorang hacker dan mendengar arahan dari seorang Leader.

Nayla membaca buku lalu tertidur kerana otak dan badannya bekerja terlalu kuat sehingga dia pernah pengsan. Nayla lena dibuai mimpi.

Alarm!

Nayla tersedar dari tidur dan mencapai phonenya. Waktu sudah pukul 6pagi.  Dia dengan malas bangun dan mencapai tuala yang di gantung.  Selanjutnya...... Malaslah nak cerita detail sangat.

Nayla menunaikan solat subuh dan mengaji sebentar. Itulah rutin hariannya sebelum pergi kerja. Setelah selesai bersiap, Nayla akan pergi kerja dengan hanya berjalan kaki kerana tempat kerja nya berhampiran dengan rumah. Nayla nampak seperti gadis biasa.

Sampai sahaja disiti,  Nayla akan mula mengusik mak cik-mak cik yang bekerja disitu.  Memakai mask dan tudung bewarna kelabu. Seluar sukan dan baju hitam berlengan panjang. Nayla selalu memakai mask kerana dia tidak suka bila orang tengok mukanya...

(Hiatus)The Hidden FlowerWhere stories live. Discover now