Matahari mula memancarkan cahayanya pada pagi itu. Adam dan Indah memulakan sarapan pagi mereka dengan roti sardin yang dihidangkan oleh Cik Haslina. Mereka bersyukur kerana masih dapat menikmati air tangan daripada ibu mereka.
"Ibu, kitaorang pergi dulu", ucap Adam kepada Cik Haslina yang hendak meyediakan bahan-bahan masakan untuk tengah hari nanti.
"Mmm... pergilah", jawab Cik Haslina selamba.Adam dan Indah yang melihat perilaku ibu mereka hanya menghulurkan tangan untuk bersalaman. Cik Haslina menyambut huluran itu. Di ciumnya tangan yang berkedut itu oleh Adam dan Indah.
Mereka mula pergi ke sekolah dengan menaiki motosikal Adam yang dihadiahi oleh Encik Amri, ayah kesayanggannya itu.
***
Saiful mula melangkah dengan laju ke dalam sekolah selepas melihat kelibat Adam dan Intan di depannya.
"Hai", sergah Saiful sambil memegang bahu kiri Adam. Intan pula memandang sekilas ke wajah Saiful sebelum memandang ke arah Salwa dan Melati yang berada di tepinya.
"Hai", jawab Adam selepas melihat di sebelah sisinya, Saiful bersama senyuman lebarnya.
"Kau jadi tak pergi lawatan tu nanti?", tanya Saiful
"Jadi", jawab Adam selamba.
"Apa? Betul ke ni?", tanya Saiful tak percaya. Selalunya Adam ni lah orang pertama yang akan tarik diri. Sekarang??? Lain pulak... Tapi lagi dia suka. Indah mesti ikut sekali."Betullah. Ibu aku bagi. Lagipun kitakan akhir kat sekolah ni. Bila pulak nak berlawatan bagai sama-sama"
"Betul jugak cakap kau tu", kata Saiful sambil melihat Indah yang semakin hilang dari pandangan bersama Salwa.Biarpun umur mereka berbeza. Indah dan Salwa sangat rapat. Seperti kawan baiklah katakan. Indah selalu jugak datang ke rumah Salwa untuk bertanyakan soalan yang dia tidak faham. Tanya abangnya, Adam lagilah. Suruh fikir sendirilah, apalah.
Saiful dan Adam hanya melangkah perlahan mengikut Salwa dan Indah ke kelas masing-masing.
Kelas Indah yang hanya bersebelahan dengan Adam, Saiful dan Salwa memudahkan lagi kerjanya untuk meminta bantuan dari abangnya dan kak Salwa jika sesuatu berlaku.
***
Luqman mula melangkah masuk ke dalam kelas 5 USAHA. Adam yang melihat kelibat itu hanya berbual bersama Saiful.
Luqman selalunya tidak datang. Biarpun Adam adalah ketua kelas di dalam kelasnya, sudah banyak kali dia menasihati kawannya itu. Namun Luqman selalu sahaja tidak mengedahkannya. Adam pun malas nak tegur banyak kali.
Setibanya di tempatnya, Luqman hanya duduk tegak sahaja. Nak dikatakan ada apa yang ada dalam begnya itu, tiada apa-apa. Buku pelajaran memang selalu tidak dibawanya. 'Beratlah' itu sahaja alasannya. Cikgu-cikgu di sekolah itu sudah muak untuk menasihati Luqman.
'Tahulah banyak duit. Tapi hormatlah sikit aku ni. Cikgu dia kot", desis seorang guru di dalam hati semasa melihat Luqman yang hanya tidur semasa dia mengajar.
***
"Pengumuman... pengumuman... sesiapa yang ingin melibatkan diri di dalam lawatan sekolah pada lusa nanti, sila beratur di dewan sekolah sekarang. Sekian terima kasih"
Kedengaran pengumuman itu, semua pelajar yang ingin melibatkan diri sudah mula melangkah keluar dari kelas masing-masing. Mereka terus pergi ke dewan sekolah yang diarah oleh salah seorang guru yang bertugas untuk lawatan tersebut.
***
"Memandangkan terlalu ramai yang ingin ke lawatan pada tahun ini. Kami sebagai guru yang bertugas di dalam lawatan ini akan mengedarkan surat. Sila isikan butir-butir diri anda di dalam surat ini. Kami akan memilih siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Faham?", kata salah seorang guru selepas semua murid yang terlibat beratur di dalam dewan sekolah tersebut.
"Faham cikgu", jawab mereka dengan kuat termasuk Adam, Saiful, Ikram, Luqman, Dahlia, Salwa dan Melati.
Mereka mula bersurai selepas surat kelayakan berada di tangan mereka.
***
"Macam mana ni?", tanya Saiful risau. "Aku pun tak tahu. Nak buat macam mana lagi. Dah kita tak dipilih. Tak pelah. Lain kali je", pujuk Adam tidak mahu Saiful bersedih.
Setibanya di sekolah sebentar tadi, mereka dipanggil lagi untuk menghantar surat kelayakan kepada guru yang bertugas di dalam lawatan tersebut.
Pada pukul 1:30 petang. Semua murid yang terlibat dipanggil kembali untuk mengetahui siapa yang layak pergi ke lawatan tersebut. Tak semena-mena nama mereka tidak disebut oleh guru bertugas.
Saiful lah orang yang paling sedih. Baru dia berangan-angan nak pergi.
Sedih sangat.***
"Aku ada idea", dengan serta-merta Luqman bersuara selepas melihat Saiful dan Adam di depannya itu.
Adam dan Saiful memandang Luqman dengan tanda tanya. Tak lepas juga Ikram, Indah, Salwa dan Melati di depannya.
"Apa kata kita pergi bercuti", cadang Luqman.
"Apa maksud kau? Kita?", tanya Salwa tak faham.
"Kan kitakan tak dipilih oleh cikgu. Jadi apa kata kalau kita sama-sama pergi bercuti. Maksud aku kita berseronok je. Lagipun nikan tahun akhir kita sama-sama. Ciptalah sikit memori guysss", ucap Luqman.
Dia mahu kawannya itu pergi ke sesuatu tempat yang dia idamkan bersama-sama. Kalau ramai lagi bagus."Aku bukan tahun akhir. Ok", kata Indah dan Melati.
"Aku pun", sambung Ikram pula.
"Kalau korang tak nak ikut tak pe. Biar kitaorang pergi. Macam mana?", ujar Luqman."Aku ikutlah", serentak Indah dan Ikram berkata. Melati pula hanya mengangguk sambil memandang wajah Luqman.
"Tapi nak pergi mana", tanya Indah."Yang tu korang jangan risau. Aku dah siapkan semua. Korang hanya bawak apa yang perlu. Kita bermalam sekali kat sana"
"Wow... sejak bila kau buat semua ni", ujar Saiful yang dari tadi hanya mendengar perbualan kawan-kawannya itu.
"Tak payah tahulah. Korang jadi kan?", tanya Luqman inginkan kepastian.
Adam dan Saiful memandang antara satu sama lain sambil menganguk. Manakala Indah, Salwa dan Melati berbincang di hujung sudut dewan sekolah tersebut.
"Aku setuju", jawab Adam dan Saiful serentak.
Indah yang mendengar jawapan abangnya itu turut mengikut.
"Kami setuju", jawab Salwa sebagai wakil bagi jawapan Indah dan Melati.
YOU ARE READING
PLAY WITH ME
Horror🍉MY FIRST BOOK🍉 Mengisahkan sekumpulan pelajar yang bercuti di sebuah pulau yang jauh daripada pengetahuan awam. Selepas memasuki pintu yang tertulis 'START'. Kejadian pelik mula berlaku. Seorang demi seorang harus dibunuh untuk menamat...