🏚PERMAINAN PERTAMA🏚

4 3 0
                                    

     Selesai sahaja membuka keseluruhan kertas di dinding dengan bantuan daripada para jejaka yang sedang bergaduh tadi maka kami memulakan bacaan yang berada di dinding tersebut.

     Kami mula berbincang bersama-sama kecuali Luqman yang hanya duduk termenung di atas lantai bilik itu.
     'Dahlah buat salah lepastu buat macam tak de apa-apa pulak', marah Intan dalam hati.

***

     "Apa tu", sedang kami sibuk-sibuk membaca tulisan yang tersangat halus itu di dinding, cecair yang berwarna merah pekat mula mengalir melalui satu lubang yang tidak tahu dari mana datangnya.

     "Macam mana ni?" , Melati sudah gusar. Aku mula menggunakan akalku.
      'Nak buat macam mana ni?', soalku sendiri.
     "Abang, abang ada bawak baju lebih tak", tanyaku kepada Adam selepas melihat semua kawan-kawanku terkejut.
     "Ada jap", Adam mula mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Baju yang berwarna putih berlengan panjang dibawa keluar.

     "Adik nak buat apa dengan baju ni?", tanya Adam kepadaku.
     Aku hanya membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan.
      Aku mengambil baju itu dari tangannya terus aku memasukkan baju tersebut ke dalam lubang kecil itu.
     'Kecil je lubangnya tapi deras sangat airnya. Dari manalah kau datang ni?', ngomelku sendiri. Saiful yang memandangku sambil tertawa kecil tidak diendahkan.

     Kawan-kawanku mula terpegun dengan diriku. Aku hanya berdehem kecil sebelum pergi ke arah mereka yang berada di hujung penjuru itu jauh daripada cacair yang sudah berhenti akibat baju yang disumbat olehku.

     Salwa menepuk bahuku dengan menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya menunjukkan tanda bagus kepadaku.
     Aku hanya membalas dengan senyuman.

     Selepas keadaan itu, kami sambung kembali membaca apa yang ditulis di dinding itu dengan berharap baju tadi dapat menahan cecair merah itu daripada keluar semula.

'MEMANG SUSAH INGIN MENCARI SI DIA
AKU HANYA INGINKAN KEBEBASAN'


     Kami membaca setiap satu perkataan itu dengan telitinya.
Kami mula membaca perkataan dan ayat seterusnya namun semuanya sama sahaja.

     "Mungkin pernah ada orang yang termasuk dalam bilik ni jugak kot", Ikram cuba meneka.
     "Aku rasa mungkin ada orang cuba buat semua ni", sambung Salwa pula.

     "Aku pun rasa macam tu. Nampak cantik je mula-mula kita masuk lepastu tengok-tengok sekarang buruk sangat. Pandai je orang ni memancing kita", bengis Saiful. Sakit hatinya.

     Adam, Luqman, Farih, Melati hanya mendengar sebelum mencari klu lain. Tak semena-mena
     'Pcik', cecair merah mula keluar kembali. Farih dan Melati menjadi beku sebentar. Habis di muka mereka terkena sedikit cecair tersebut.
     'Tulah pergi dekat sangat dengan benda tu buat apa', desis hati Luqman.

     Cecair merah itu mula memenuhi seluruh lantai. Semakin menaik cecair itu hingga di tengah-tengah betis mereka.
     Mereka cepat-cepat mencari apa-apa yang dapat dijadikan klu untuk keluar cepat daripada bilik itu.

     "Siapa rasa ada terjumpa sesuatu yang boleh bantu kita untuk keluar dari sini beritahu aku cepat", Adam mula mengeluarkan suara kasarnya.    Dia bagai mengetui kawan-kawannya itu.

     "A...Ak...Aku..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PLAY WITH MEWhere stories live. Discover now