"Ni semua kau punye pasal kau tau tak? Kalau kau tak bawak kitaorang kat sini semua benda ni takkan jadi", Saiful mula menarik kolar baju Luqman. Sakit hatinya atas sikap kawannya itu.
Patutnya dia tak boleh percaya pada Luqman tu. Datang sekolah pun sekali dua je seminggu nak pergi tempat yang elok-elok, memang taklah. Memang tempat ni patut Luqman cadangkan. Kenapalah dia ni mudah sangat ikut tanpa usul periksa. Serabut."Sabarlah Ful. Kitaorang pun nak keluar jugak dari sini. Kau janganlah macam ni. Dalam keadaan nilah kita semua kena bekerjasama. Bukannya, cari salah orang lain", Adam cuba memujuk Saiful. Disuruhnya melepaskan genggaman daripada kolar Luqman.
Luqman hanya diam. Dia tahu dia salah tapi Saiful sendiri yang nak pergi. Bersetuju bagai. Bukannya dia yang paksa pun. Luqman menarik muka menyampah selepas Saiful melepaskan genggaman itu.
***
"Aku ada dapat satu petunjuk. Tapi kita kena bukak semua kertas yang ada kat dinding ni. Aku rasa ada sesuatulah kat belakang tu", Salwa pasti dengan kata-katanya. Dia menyuruh Melati, Intan, Ikram dan Farih untuk membukanya bersama-sama.
Adam, Saifu dan Luqman yang sedang bergaduh tidak dihiraukan.
'Cakap apa lagilah tu. Kena bekerjasama konon. Dah tu masih bercakap lagi. Alahai kawan-kawanku ini'Disebabkan terperangkap di dalam bilik itu, mereka semua tidak mengetahui apakah sudah malam atau sudah pagi atau sudah petang. Mereka tidak tahu. Solat jugak tidak ditunaikan.
Luqman hanya menyuruh membawa barang-barang keperluan yang penting sahaja. Kain telekung tidak termasuk. Kerana Luqman berkata petang akan pulang semula ke hotel mereka.Tapi disebabkan masalah ini terjadi. Mereka tidak boleh menunaikannya. Air mineral pun hanya tinggal sedikit sahaja.Hanya Salwa dan Adam yang membawanya.
Salwa menjadi wakil bagi wanita manakala Adam menjadi wakil bagi lelaki. Kenapalah jadi macam ni???
"Ya Allah, macam mana ni", Intan memalingkan wajahnya menghadap Salwa dan seterusnya Melati, Ikram Farih selepas dia melihat sebahagian kertas yang sudah dibuka dari dinding itu.
'Dia tak nak'
YOU ARE READING
PLAY WITH ME
Horror🍉MY FIRST BOOK🍉 Mengisahkan sekumpulan pelajar yang bercuti di sebuah pulau yang jauh daripada pengetahuan awam. Selepas memasuki pintu yang tertulis 'START'. Kejadian pelik mula berlaku. Seorang demi seorang harus dibunuh untuk menamat...