Telinganya 'dipertajam.' Saat mendengar suara serigala 'melalak' beberapa kilometer dari ruang bilik tidurnya buat jantungnya berdebar lagi. Ingatannya terus pada pesanan ibunya, jika suara kedengaran sayup-sayup bermakna 'benda' itu menghampiri si pendengar, katanya.
"Sot punya anjing hutan. Apa lagi dia bikin situ? Inda sah kalau inda buat saya seram sejuk...aishhhhh!"
Daruna marah sendiri. Gebar ditariknya menutupi kepala dan dia berlingkar di dalamnya. Mata dipejam rapat. Cuba melupakan salakkan sang serigala yang selalu mengganggu lenanya sejak kecil.
"Kau mengumpat saya jangan sampai saya dengar!"
Daruna bingkas bangun dan gebar yang dipakainya tadi terselak dengan luasnya. Suara itu mengejutkannya. Hampir menjerit apabila melihat seorang lelaki bermata hijau sedang mencerlung memandangnya dari tingkap yang sudah ditutup rapat tadi. Bagaimana lelaki ini boleh masuk? Mata Daruna melilau pandang pintu bilik, sedang berkunci!
"....Ma...ma...mama...!" Daruna tidak jadi menjerit kerana tangkas saja lelaki itu menekup mulutnya.
Wajah lelaki misteri itu ditentang berani. Kebolehan lelaki itu datang padanya sepintas kilat tambah membuatnya hairan. Dia juga sedar, jeritannya tidak ada gunanya kerana ibunya berada di kampung halaman.
"Hai, saya Emeth. Suami dari masa lampau kau. Lama saya mencari kau, Daruna. Rupanya kau berada di sini? Kenapa terkejut tengok saya? Kau sudah lupa bagaimana wajah Putera Emeth? Putera Emeth kurun 1212, kau masih ingat?"
Daruna kerutkan dahi, pertanyaan lelaki itu buat jantungnya berdegup pantas. Seakan dejavu dia menatap wajah asing itu. Dia sangat familiar pada wajah beraura kacak itu. Tetapi dia masih was-was di mana dia pernah bertemu dengannya.
"Kau gila? Sejak bila aku kahwin sama kau? Putera Emeth?! Hoiii, nah kau... Tahun 2020 pula ini. Sabah mana ada raja sejak dulu?"
Daruna beranikan diri melawan lelaki bermata hijau itu. Lelaki itu senyum buat Daruna terkesima.
'Wow, hundrednya!'
"Memanglah kau lupa. Sebab dewa Langkum sudah buat ingatan kau itu lupa akan suami sendiri. Sekarang saya datang mau bawa kau pulang ke negeri Tapui. Kita akan lawan Puteri Gipan dan Zakanos kerana membuat kita terpisah ke dunia Metropolitan ini. Bersedialah, kita akan bertolak..."
"Ehhh! Tunggu! Kau orang gila bah ini! Suka-suka bawa anak orang! Kau ingat saya mau gila macam kau? Sorry palis! Baliklah kau, tutup tu jendela!"
"Bah, okay! Lain kali saya datang, saya mau kau akun balik istana. Ingat, jangan percaya pada orang luar!"
Ahhhh! Lagi-lagi peringatan itu yang diperdengarkan, bisik hati Daruna.
Zappppp!
Lelaki misteri itu sudah hilang dikegelapan malam. Hujan yang lebat disertai kilat sabung-meyabung membuat keadaan diluar suram dan basah.
Daruna melompat dari katilnya dan berlari ke arah tingkap. Dia tertinjau-tinjau ke bawah apartmen. Kosong! Tiada seorangpun yang berada di bawah sana. Mulutnya melopong luas. Rambutnya yang serabai ditiup angin tidak dipedulikannya.
"Gila!!! Macam mana dia turun begitu pantas? Dia terbang kah?!" Daruna bertanya sendiri.
"Auuuuuuuuuu!!!"
Salakkan serigala itu sangat dekat dengan bilik tidurnya. Daruna laju-laju menutup tingkap semula, tangannya bergetar hebat ketakutan.
Kali ini, jelmaan serigala itu benar-benar menghantui dirinya. Selalunya, hanya mata hijau itu yang dia nampak. Tapi kali ini, Daruna seakan berada dalam mimpi melihat tubuh badan manusia yang bernama Emeth itu. Bermaksud, setiap nota yang bertandatangan 'Emeth' itu memang wujud?
Nota: hurmmmmmm....entahlah. best kah ini arrrr kalau sudah jadi? Terus terang, cerita kisah ini memang merapu! Tangon bilang kalau mama saya cakap.
3 April 2020
Nukilan: EjNa I Ab.
YOU ARE READING
SORUNGAN LOVE #jelmaanCinta
FantasyA story from fantasy: Sinopsis Pernah anda terlintas mempunyai sejarah hidup dengan seseorang yang anda tidak pernah terfikirkan seolah-olah bagaikan sebuah cerita dongeng zaman dahulu? Masyarakat zaman milenium seperti sekarang memang tidak memper...