Empat

5 2 0
                                    

HANOKH  melihat Daruna yang duduk berseorangan di atas bangku kayu dalam taman universiti. Taman itu merupakan sebuah taman yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga-bungaan serta diselangi dengan pokok-pokok yang agak tinggi agar keadaan redup dari pancaran cahaya matahari. Banyak bangku yang diperbuat dari kayu dan simen untuk kegunaan warga kampus menelaah pelajaran atau membaca di situ.

Dari jauh, Hanokh memandang gadis misteri itu. Daruna tidak seperti pelajar perempuan lain yang dia kenali. Baginya, Daruna sangat misteri dan tertutup menyebabkannya mahu mengenali gadis itu. Hanokh mula mengatur langkah dengan berhati-hati agar Daruna tidak menyedari yang dia sedang diintai dibalik bunga raya. Selesa Hanokh mengintai di situ kerana cuaca tidaklah sepanas seperti kelmarin.

Hanokh diam. Dia mula membaca apa yang sedang Daruna sedang lamunkan. Seakan tidak percaya saja bahawa gadis itu sedang berhalusinasi lagi. Ingin saja Hanokh menyedarkan Daruna dari bayangannya itu tetapi dia menahan dirinya dan ambil keputusan untuk duduk di hujung bangku yang Daruna sedang duduki. Hanokh tersangat mahu tahu apa yang sedang Daruna bayangkan sebelum mulutnya sendiri terkunci rapat. Terkejut melihat bayangan cerita yang Daruna sedang layarkan bagaikan sebuah pemain DVD lama. Wajah Daruna yang terpejam mata itu direnungnya dengan penuh minat. Angau? Barangkali lah itu. Atau bukan?

Hanokh melihat putera Emeth dan Daruna sedang menghadap seorang  dewa. Ada seorang wanita di belakang Emeth dan Daruna bersama seorang pembesar istana dan seekor kuda. Hanokh yang ada kebolehan membaca isi hati seseorang kenal kesemua orang yang dia sedang nampak tika ini.
“Dewa Bobolizan? Itu dewa yang kasi kahwin putera Emeth dan Daruna pada tahun 1212!” Hanokh bercakap sendirian.

Hanokh tahu, putera Emeth masih tidak berterus terang pada Daruna siapa dirinya yang sebenar. Zakanos sangat marah dan mendendami Daruna dan putera Emeth.

“Hamba hanya terlambat sedikit saja, Daruna! Tergamak tuan hamba berkahwin dengan anak raja itu?! Cis!” getus Zakanos kasar. Dia sedang bersembunyi di balik tembok sambil mengintai upacara perkahwinan putera Emeth dan Daruna. Ketka upacara dewa Bobolizan sudah selesai, Zakanos pun keluar secara berhati-hati.

Putera Emeth yang sangat sukacita kerana berjaya kahwin dengan wanita pujaannya tidak sedar akan pembohongannya yang pasti membawa kepada masalah baharu. Putera Emeth sudah membelakangkan raja Tangkos  di istana sana.

“Aigoooo, degilnya putera Emeth dulu-dulu. Kalau akulah, aku akan berterus terang.”

Bagaikan seorang penonton filem, Hanokh merungut akan sikap putera Emeth itu.

Sekelip mata, Hanokh melihat putera Emeth membawa Daruna dan Hennah balik ke istana. Raja Tangkos iaitu ayahnda putera Emeth  sangat murka kerana anakndanya berkahwin secara rahsia tanpa memedulikan rancangannya yang mahu  anakndanya berkahwin dengan puteri Gipan.

“Agaknya ini yang dewa Bobolizan itu sudah katakan beberapa purnama yang lalu. Beta sangat berduka cita dengan perbuatan anaknda...!” raja Tangkos murka pada puteranya lalu bergerak masuk ke istananya sendiri.

Daruna dan Hennah terkejut kerana rupanya Emeth adalah keturunan bangsawan malah anak kepada raja negeri Tapui. Daruna marah pada suaminya kerana sudah menipunya dan mula berkelakuan dingin terhadap putera Emeth. Berhari-hari Daruna memulaukan suaminya itu.

“Hamba ingatkan tuanku adalah orang kebanyakan! Sebap itu hamba setuju berkahwin dengan tuanku putera.  Ayahnda baginda raja pasti murka pada hamba ini kerana mencemar duli,” Daruna berkata pada suaminya.

“Adinda jangan khuatir. Dewa Bobolizan sendiri yang sudah kahwinkan adinda dengan beta. Ayahnda pasti faham,” jawap putera Emeth.

Di muka pintu, datanglah panglima Panatom membawa perutusan dari balairong seri.

SORUNGAN LOVE #jelmaanCinta Where stories live. Discover now