"MOI, sudah bank in kah sewa rumah? Saya mau pakai duit ni. Tinggal kau sama mama kau yang belum bayar sewa rumah. Macam mana ni? Baru 3 bulan kamu sewa situ, mesti lewat bayar. Hayaaa, saya kasi sewa rumah tu sama orang lainlah kalau begini terus."
Daruna menarik nafas berat. Telefon itu diletak kasar atas meja. Sudahlah lapar, belum makan tengah hari. Kena bagi amaran lagi oleh tu mak cik cina lagi. Dia letak kepala atas meja. Stress dan lapar bercampur dalam dirinya. Dan dia tidak ada duit belanja mahu beli makanan di kantin kampus sana. Kalau ada duitpun, makanan di sana sangat mahal baginya yang sangat mahu berjimat menyimpan duit. Harap sarapan di rumah saja bagi mengalas perutnya dan habis kelas barulah boleh balik rumah dan makan untuk tengah hari. Tapi kelasnya hari ini hingga pukul 4 petang!
"Daruna? Why you look so upset? You should share with me if you cought in trouble in my class!" alamak. Profesor tegas itu nampak Daruna yang sedang runsing.
"Maddam Molly?" Daruna angkat kepalanya dan memandang maddam Molly, pensyarah seni jahitannya sudah berdiri di depannya bersama sesuatu di tangan.
"Kamu seorang yang berbakat, Aruna. Tapi saya tengok, kamu selalu lewat datang kelas saya. Baju rekaan kamu mendapat perhatian dari Nylon Radiant bererti kamu memang berpotensi besar. Saya mahu bincang dengan kamu fasal masalah kamu ni," maddam Molly sudah duduk depan Daruna buat Daruna segan.
Lama Daruna diam. Lama juga maddam Molly memaksa Daruna membuka mulut mengenai masalahnya. Tekun dia mendengar Daruna mencicirkan maklumat hidupnya yang mahu membayar sewa rumah Rm3000.00. Mengeluh dirinya mendengar masalah kewangan gadis itu.
"Maddam, Aruna rasa tidak dapat meneruskan pengajian ini. Aruna mau tolong mama Aruna cari duit bayar sewa rumah. Biasiswa pun Aruna belum dapat, bil pengajian semakin banyak belum saya bayar,"lambat-lambat Daruna bercakap.
Terdiam maddam Molly. Dia menyorong bungkusan polestren itu di depan Daruna. Di dalamnya ada nasi ayam dan sebotol air mineral. Dari tadi, dia melihat Daruna di dalam bilik kuliah itu. Bilik pensyarah dan kelas seni menjahit hanya bersebelahan, sebap itu maddam Molly boleh melihat anak didiknya masih di situ. Daruna hanya pandang makanan itu walaupun pensyarahnya sudah mula menyuap makanannya sendiri.
"Makanlah dulu, Aruna. Saya tahu, kamu nda makan tengah hari lagi. Ini sudah jam 2 petang,"arah maddam Molly.
Lambat-lambat Daruna membuka bungkusan makanan itu. Bukan apa. Dia tidak terbiasa menerima pemberian orang kerana dia dan ibunya tidak terdedah dengan orang sekeliling. Bersosial bagi mereka amat jauh sekali untuk dilakukan. Ibunya takut 'kebolehan' Daruna dalam bermimpi akan membuatkan orang pandang serong pada Daruna dan memanggil Daruna 'gila.' Jadi, Reina melarang anaknya itu berkawan rapat dengan sesiapapun juga.
"Saya mahu Daruna hadirkan diri ke temuduga ini esok. Saya dengar sir Zakius bagi biasiswa pada pelajar yang berbakat sahaja. Saya pasti kamu dapat," maddam Molly berkata sambil memberikan Daruna sekeping kad bisnes buat Daruna menumpukan sepenuh perhatiannya pada apa yang pensyarahnya itu katakan.
"Tapi, besok Aruna ada kelas raptai majlis pelajar dan ada kelas maddam kan? Macam mana Aruna pergi?" Daruna sudah hilang keceriaan semula.
Maddam Molly mengerti perasaan pelajarnya itu. Dia mula menimbang-nimbang apa yang perlu dia lakukan agar Daruna berjaya dibantu. Baginya, dia sangat sayangkan bakat yang Daruna ada. Jika biarkan Daruna berhenti belajar, pasti dirinya rasa bersalah. Dia mendenda Daruna selama ini semata-mata mahukan gadis itu berdisiplin tanpa tahu keadaan sebenarnya. Dia mula menyesal kerana mendenda Daruna tanpa usul periksa.
"Waktu kelas saya esok, saya bagi kelonggaran pada kamu untuk pergi ke bangunan Nylon Radiant dan jumpa dengan sir Zakius. Beliau adalah pemilik syarikat Nylon Radiant dan sedang mencari pereka fesyen yang berbakat. Mereka sudah aim nama kamu, Daruna. Tapi memandangkan kamu masih student, jadi saya ingat sir Zakius kena simpan kamu dulu sekurang-kurangnya sampai kamu graduate. Namun, saya rasa kamu lebih perlukan wang sekarang ni. So, good luck for tomorrow!" maddam Molly senyum pada Daruna.
YOU ARE READING
SORUNGAN LOVE #jelmaanCinta
FantasyA story from fantasy: Sinopsis Pernah anda terlintas mempunyai sejarah hidup dengan seseorang yang anda tidak pernah terfikirkan seolah-olah bagaikan sebuah cerita dongeng zaman dahulu? Masyarakat zaman milenium seperti sekarang memang tidak memper...