DAUN maple berselerak di kawasan yang Daruna sedang pijak. Warna oren dan jingga serta merah berada merata-rata atas tanah. Dia dan Hanokh sedang bercuti ke kawasan Pergunungan Kinabalu bagi menangkap gambar untuk promosi Nylon Radiant yang tidak lama lagi mengeluarkan produk baharu. Daruna suka rela menjadi model pakaian semula kerana tugasnya sebagai pereka sudah berkongsi dengan Mikail. Bebannya semakin ringan.
Suara kuda merengkek tidak jauh dari situ menyedarkan Daruna sepenuhnya. Gitom! Dia menampakkan kepalanya dari sebalik kabus tebal. Di belakangnya duduklah raja Emeth yang memakai baju kebesaran Di Raja Istana Negeri Tapui. Daruna menampar pipinya. Bertanya pada diri sendiri, samada dia sedang berhalusinasi lagi atau sedang bermimpi melihat raja Emeth tersenyum mesra padanya.
“Naiklah bersama ku, My Queen. Jangan kau kehairanan begitu,” raja Emeth menghulurkan tangannya dan bersedia menarik tubuh Daruna naik ke belakang Gitom.
Gitom merengkek lagi nyaring sambil melibas-libaskan ekornya, mengalu-alukan Daruna supaya naik ke atasnya.
“Tuanku Permaisuri, jomlah naik cepat! Kau tau, ni raja sewel mau aku terbang balik KK sekarang juga! Bapa mentua kau bising suruh Tuanku Permaisuri makan malam dengan makanan berkhasiat supaya kamurang boleh bagi keturunan padanya secepat mungkin!” Gitom tiba-tiba mengeluarkan suaranya.
Daruna bersemu malu. Wajahnya memerah mendengar ayat brutal kuda sakti itu.
“Macam mana kami mau tunaikan harapan sir Zakius itu? Belum juga kami... Anu..itu... Anu...” Daruna gagap, serba-salah teruskan ayatnya. Tentu raja Emeth memahami kesinambungan ayatnya tadi. Raja Emeteh berdehem keras. Terasa akan kata-kata Daruna itu.
“Gitom! Beta cakap jangan bersuara, kan? Kau mau beta dyi bulu kau yang putih bersinar ini dengan warna dyi hitam di saloon sana? Moden sudah kita ini, inda payah pakai arang! Tentu kuda betina itu inda kenal kau sudah lepas ini!” raja Emeth mula mengugut.
Daruna ketawa geli hati mendengar raja itu mengugut kuda saktinya. Tangannya dihulur pada raja Emeth, sedia ditarik oleh raja Emeth. Raja Emeteh menariknya lembut dan mendudukkanya di depannya. Dekat dengan kepala Gitom.
“So, dulupun kau suka ugut si Garred kan? Kesian dia ni. Sudahlah setia sama kau kalau kau mau tunggang dia, kau pula buli dia. Sabar kau arr, Garred.”
Daruna membelai kepala Gitom. Simpati.
“Jangan puyai(elus) kepala si Gitom. Kau tau kah dia ni lelaki? Nanti dia perasan kena sayang!” raja Emeth menarik laju tangan Daruna dari terus membelai kepala Gitom.
“Tengok raja kau tu, Tuanku Permaisuri. Betul-betul penjeles(jealously) mah itu. Cis!” Gitom mula mengembangkan sayapnya menuju ke Pekan Kundasang. Bulatan sayur Kubis yang besar di jalan raya itu sangat ranggi kerana pancaran lampu neon sangat menerangi ia. Sayur Monumen itu merupakan tanda dan symbol terkenal di Pekan kundasang bagi memberitahu para pelancong bahawa Kundasang merupakan sebuah tempat pertanian yang subur dan bermuka bumi menarik.
Sengaja Gitom terbang merentasi pekan sibuk itu dan akan terbang ikut jaringan jalan raya menuju ke Ibu Kota Bandaraya Kota Kinabalu. Daruna terpesona dengan cahaya indah di bawah sana hingga tidak sedar dirinya terlelap dalam pelukkan raja Emeth.
Sedar saja Daruna dari tidurnya, dia di kejutkan oleh sepasang tangan yang membelai wajahnya lembut. Daruna membuka matanya dan melihat ke depan sana. Ke arah lukisan Kuno yang mengandungi sejarah Pertabalan Raja Emeth Dan Salasilah Keturunannya Bersama permaisuri Daruna Aruna. Tajuk besar sejarah itu, “Tangon Dii Raja Emeth Om Koposion Dau” (Dongeng Raja Emeth Dan kehidupannya.) Pendek kata yang masuk logika, dongeng dan sejarah mana boleh disamakan dalam satu subjek jika dalam silibus pembelajaran Kementerian Pendidikan? Mau kena cop gila? Silakan!
YOU ARE READING
SORUNGAN LOVE #jelmaanCinta
FantasyA story from fantasy: Sinopsis Pernah anda terlintas mempunyai sejarah hidup dengan seseorang yang anda tidak pernah terfikirkan seolah-olah bagaikan sebuah cerita dongeng zaman dahulu? Masyarakat zaman milenium seperti sekarang memang tidak memper...