Cahaya matahari pagi seperti berlumba-lumba menerobos masuk dari celahan langsir, menyinari wajah Arabella. Terpisat-pisat gadis itu mencelikkan matanya. Bila matanya sudah mula menerima cahaya, segera pandangan dihalakan ke arah jam di dinding. 7.37 pagi. Terlalu awal bagi seorang Arabella untuk bangun dari tidurnya.
Badannya juga terasa berat untuk digerakkan. Seperti ada sesuatu yang menjalar dipinggangnya, memeluknya erat.
Seketika, otak Arabella benar-benar telah berfungsi. Dipusingkan wajahnya ke kanan. Terkejut bukan kepalang bila wajah lelaki menghiasi pandangannya ketika ini. Zharif.
Belum sempat Arabella hendak menjerit, mulutnya ditutup dengan tangan besar Zharif. Terus segar mata Arabella. Arabella meronta dibawah taklukan lelaki itu."Diam atau kahwin free?" suara serak Zharif menyapa gegendang telinga Arabella.
Arabella mengangguk laju, tangan halusnya cuba menepis tangan besar milik Zharif. Selepas sahaja mulutnya dilepaskan dia terus bangun dari pembaringan. Gila, seumur hidupnya tidak pernah dirinya tidur sekatil dengan lelaki.
Arabella memandang tajam Zharif yang masih tenang bersandar di kepala katil. Rasa meluat seperti semakin bertambah kepada lelaki itu.
"Apahal tengok aku macam tu? Tergoda? Nak morning kiss ke baby? Meh sini meh." soal Zharif.
Arabella pasti jika dirinya bukan Arabella, sudah lama mereka terlanjur. Apatah lagi lelaki itu sekarang tidak memakai baju, makin terserlah bentuk roti di perutnya.
"Macam mana kau boleh masuk? Seingat aku, pintu aku dah kunci." Arabella menutup badannya dengan comforter, pagi itu sejuk tetapi hatinya yang panas.
"Pintu balkoni? Ada sayang kunci?" soalan dibalas dengan soalan.
Tapi Arabella sudah dapat jawapannya. Ya, dia tahu pintu balkoni tidak dikuncinya dan itu adalah kesilapan dirinya tapi dia tidak terfikir bahawa Zharif berani melompat dari balkoni bilik Zharif ke balkoni biliknya.
Huh, dia lelaki Arabella . Apa yang tak beraninya."Keluar sekarang, aku meluat la tengok muka kau!" bantal kepala dicampak di wajah Zharif. Sekali lagi, kalau dirinya bukanlah Arabella sudah pasti hatinya cair dengan kekacakan semula jadi lelaki itu.
"Betul nak aku keluar? Jangan menyesal, tak semua dapat tengok muka aku pagi-pagi. Kau sorang saja." sambil bangun Zharif membetulkan rambutnya yang kusut masai.
Di kesempatan itu, kaki panjang Arabella segera menyepak punggung Zharif. Geram. Dia buat diri Arabella seperti tiada harga."Oi sakit lah. Walaupun aku minat yang ganas-ganas, bukan ganas ni yang aku maksudkan."selesai sahaja Zharif berkata, sekali lagi bantal melayang ke wajahnya.
Zharif sempat mengelak dan segera keluar dari bilik Arabella disusuli tawa garaunya. Mendidih api kebencian Arabella. Tidak pernah dia ingin mandi seawal ini pada hari cuti tapi pagi ini dia perlu berendam di dalam tub mandi untuk menyejukkan hatinya.
Plastik sampah ditangan, Arabella genggam erat. Agak berat tapi tidak mengapa, dia sudah terbiasa sejak tinggal di rumah Tan Sri Idlan Shah. Dia tidak mahu tinggal di rumah ini tanpa melakukan apa-apa langsung. Dia juga tahu malu.
Arabella segera membawa diri ke luar rumah, seperti biasa pakaian Arabella yang agak terdedah akan menarik perhatian orang yang sedang bersenam memandangkan rumah banglo itu berhadapan dengan taman permainan.
Memang dia menyedari pengunjung taman itu semakin bertambah dari hari pertama dia keluar membuang sampah. Tapi bagi Arabella , selagi mereka tak menganggu, Arabella tidak kisah.
Tong sampah hijau itu ditutup kuat. Busuk, nak muntah. Paip rendah di tepi pagar itu dibuka lalu segera tangannya di basuh. Arabella seorang penggeli, kalau arwah ibunya melihat dirinya memegang plastik sampah sudah pasti dirinya diketawakan.
Tiba-tiba rindu menggebu di hati Arabella . Ibunya, walau mempunyai masa lampau yang agak buruk tetapi ibunya telah membesarkannya tanpa mengeluh sedikit pun.
Pap.
Bunyi kuat yang terhasil dari pukulan kuat di punggung Arabella . Hampir sahaja dirinya tersungkur kedepan memandangkan tadi dia sedikit membongkok. Segera Arabella berpusing untuk melihat pelakunya. Arabella sudah bersedia untuk menggunakan penumbuk kecilnya itu. Siapa yang berani menyentuh dirinya, pasti akan menyesal.
Terkedu dia bila menoleh kebelakang, Zharif. Lelaki bertopengkan iblis. Entah mengapa bila berhadapan dengan Zharif, Arabella pasti tidak boleh membalas. Mulutnya juga seakan terkunci.Punggungnya digosok perlahan, agak berbisa.
"Sakit lah, kau kenapa? Tak sabar nak mampus ke?" dijeling wajah Zharif. Matanya sedikit bergenang, sebab pukulan itu memang agak kuat dan sakit.
"Dah tu tak fikir pulak orang taman ni sakit mata tengok kau tertonggeng-tonggeng depan pagar?" tuala good morning yang digantung di leher ditarik kasar sebelum tuala itu digunakan untuk mengelap peluh yang semakin banyak menitik di dahinya.
Awal pagi tadi, Zharif keluar untuk berjogging sebentar. Konon nak tenangkan fikiran yang sedang kusut. Kusut sebab Arabella, walhal gadis itu sedikit tidak mengganggu dirinya. Fikiran yang sudah tenang tadi kembali kusut bila balik ke rumah dan dijamu dengan aksi kurang sopan Arabella .
Sudah itu, makin sakit hatinya melihat pemuda-pemuda yang bersenam ditaman depan, memerhati Arabella sahaja. Yang Arabella boleh selamba badak buat free show depan lelaki-lelaki itu.
Tangan Arabella ditarik kuat memasuki rumah, pintu pagar automatik itu segera di tutup. Meluat. Arabella pula masih buat muka kebingungan.
Selepas pintu pagar itu telah ditutup. Zharif terus masuk ke dalam rumah. Ditinggalkan Arabella termanggu sendiri.
"Dia yang ada penyakit hati agaknya." Bicara Arabella sendiri. Entah apa-apa malas dirinya mahu layan perangai kebudakan Zharif.
Sudah lah selepas peristiwa tidur sekatil tiga hari yang lepas, Zharif seperti sengaja menjauhkan diri darinya, hari ini tiba-tiba muncul sambil marah-marah. Arabella sendiri merasa ketenangan selama tiga hari tanpa gangguan abang tirinya itu.
Arabella angkat kedua bahunya. Malas fikir masalah lelaki itu. Punggungnya masih sakit dipukul tadi. Ciss, dasar lelaki tangan gatal. Mahu sahaja Arabella mengadu ke Puan Sri Farizah tapi takut pula kene kahwin free.
Andai hanya tinggal Zharif sahaja lelaki di muka bumi ini, Arabella rela hidup andartu dari mengahwini Zharif. Lelaki iblis itu. Yang berlagak baik dihadapan ayah dan ibu tirinya.
a/n: ni je la yang mampu untuk minggu ni heheh. Happy reading!
YOU ARE READING
Arabella
RomanceArabella seorang gadis yang cantik secantik namanya, tapi bukan peribadinya. Hanya dijaga sedari kecil oleh ibunya. Siapa ayahnya, tidak pernah dia tahu dan sememangnya dia tidak mahu tahu. Baginya lelaki amat menyusahkan dan dia membenci manusia be...