Tiga

316 17 4
                                    

Ruang tamu kedua rumah banglo tiga tingkat itu agak riuh malam ini. Selepas makan malam, Tan Sri Idlan Shah meminta semua penghuni rumah untuk berkumpul bersama. Termasuk dua orang pembantu rumah dan dua orang pemandu, maka jumlah kesemuanya adalah sembilan orang.

Sarah mengambil tempat di antara Tan Sri Idlan Shah dan Puan Sri Farizah, manakala Arabella mengambil tempat di kerusi dua berhadapan mereka. Zharif yang baru memunculkan diri dari tingkat bawah segera mengambil tempat di sebelahnya.

Terus rosak mood Arabella, dijeling Zharif disisinya. Arabella mengesot ke tepi sedikit menjauh dari Zharif.

"Menyampah dengan aku, tapi masih nak duduk dekat-dekat" bisik hati Arabella.

"Kenapa papa suruh berkumpul ramai-ramai ni? Papa nak kahwin lagi satu ke?" pertanyaan Zharif yang tidak ditapis mengundang tawa dari Sarah dan Tan Sri Idlan Shah.

Manakala Puan Sri Farizah sudah membuat gaya penumbuk kepada Zharif. Gurauan anaknya itu menyakitkan hati betul.

"Takdenya, tak sempat kahwin papa dah kena kerat dengan mama."

Melihat kemesraan keluarga itu, membuatkan Arabella terasa tersisih. Terasa dirinya dipulaukan. Kalaulah ibunya masih hidup lagi, pasti ibunya manusia paling bahagia kerana merasai kemewahan ini.

"Papa nak bagitahu yang papa dah cadangkan nama Zharif untuk jawatan pemangku CEO. Tak perlu risau, Zharif cuma kene belajar sahaja dulu selok belok syarikat, semua keputusan mesti melalui papa dahulu."

Zharif seperti tercekik air liur sendiri. Cadangnya baru dia mahu bersenang-lenang selepas selesai menuntut ilmu.

Arabella di sebelah hanya menyimpul senyum. Puas hati melihat muka Zharif begitu.

"Zharif setuju, tapi ada syaratnya. " Zharif sudah tersengih nakal. Idea nakal muncul di fikirannya.

"Syarat kalau tak merepek, papa okey je." Setuju Tan Sri Idlan Shah.

"Syaratnya, Arabella kena jadi pembantu peribadi Zharif." Tangan kiri Zharif naik membelai rambut Arabella. Arabella menepis tangan lelaki itu, pegang-pegang pula. Berbakul cacian di hatinya diberikan kepada Zarith.

"Bella taknak." Laju saja Arabella menolak cadangan itu.

"Kenapa pula tak nak? Kau buat apa je dekat rumah ni? Goyang kaki je tahu."

Makin mendidih pula hati Arabella mendengar. Apa yang Zharif nak sampai tarik dia dalam masalah ni sekali.

"Zharif, apa cakap macam tu." Puan Sri Farizah memberi amaran pada anaknya.

"Tapi papa setuju dengan cadangan tu." Tan Sri Idlan memandang Arabella dengan mata yang bersinar.

Dia sudah lama ingin melihat anaknya itu bekerja di syarikatnya. Syarikat yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Sememangnya dia membangun syarikat itu untuk kemudahan masa hadapan keluarganya.

Mengingatkan susah payahnya dahulu, hatinya dirundung sedih. Dia tidak dapat bersama membesarkan Arabella dahulu. Namun cukup berbangga kerana anak gadisnya itu tumbuh dengan baik malah sangat pintar.

"Papa, Bella tak nak!" terus Arabella bangun menuju ke biliknya.

Perbincangan ini tidak akan membawa ke pendamaian jika dirinya terus dipaksa. Dia ingin kan kebebasan untuk menentukan kerjayanya kelak. Dia tidak mahu hidup di bawah bayangan bantuan dari ayahnya itu apatah lagi bekerja bersama lelaki yang dibencinya itu. Erghh memang tidak diterima!

Manakala diruang tamu, Tan Sri Idlan termenung jauh, sayu hatinya. Dia tahu Arabella mazih tidak menerima sepenuhnya kehadiran dia.

"It's okey pa, jangan risau. Zharif cuba pujuk Bella nanti." Zharif meyakinkan ayah tirinya itu.

Jarum jam masih diangka lima, namun pagi itu tidur Arabella sedikit terganggu. Seperti ada sesuatu yang bermain di wajahnya.

Ditepis 'sesuatu' tersebut menggunakan tangannya. Rimas. Dia memusingkan badannya mengiring pula. Namun masih terasa 'sesuatu' itu. Dalam ketidakselesaan itu, Arabella terdengar suara garau tertawa halus.

Terus terbuka besar matanya. Wajah lelaki yang paling dia benci itu berada dihadapannya. Sambil-sambil tangan lelaki itu membelai lembut wajahnya. Macam dejavu tapi bukan.

"Apa kau buat dalam bilik aku?" mencerlung tajam mata Arabella memandang Zharif yang masih tenang duduk di atas katilnya.

"Nak buat perbincangan." jawab Zharif.

"Waktu-waktu macam ni? Kau gila ke" Arabella memandang Zharif tidak puas hati. Apa jadah macam esok kiamat, kenapa nak kena bincang pagi-pagi buta macam ni?

"Aku faham sangat kau Bella, kalau aku tunggu esok kau nak berbincang ke? Takkan? "

"Okay, whatever. Teruskan, apa yang penting sangat?"

"Setuju dengan cadangan papa dan aku." lancar sahaja mulut Zharif menutur kata.

"Ahh itu je?" Arabella tersengih sinis.

"Ya itu sahaja..." senyuman kacak yang ditayangkan Zharif buat Arabella tak senang duduk. Cair sedikit.

"Buat masa ni itu sahaja." sambung Zharif lagi.

"Kenapa buat masa ni? Dan kenapa aku kena setuju. Ni masalah kau dengan papa. Kenapa nak kaitkan aku sekali. " berkerut-kerut dahi Arabella.

"Sebab akan datang, kau kene setuju dengan apa sahaja yang aku minta. Dan kalau kau tak setuju hmmm kau tahu aku boleh buat segalanya Bella. Jangan lawan aku dan kau tak kan terluka. Kau bantah kau tahu nasib kau." penuh dengan amaran. Zharif tersengih sinis, tangannya naik membelai pipi Arabella.

"Gila." entah kenapa, sejak bila Arabella rasa terancam dengan spesies lelaki. Kakinya semakin sejuk.

"Memang aku gila, sayang." Zharif bangun dari duduknya. Bergerak menuju ke balkoni bilik Arabella,sebelum hilang dari pandangan.

"Kenapa aku tak kunci sliding door tu, erghh." Arabella mengeluh sendiri. Rambutnya dikusutkan. Stress hadap perangai manusia seperti Zharif.

a/n: Aaaaa sorry lambat update, sis betul betul busy minggu ni dan minggu yg akan datang dan akan datang. Ni pon curi curi masa jugak ni. So jika awak awak semua hargai masa yang telah sis korbankan untuk update story ni, please please please vote. salam sayang, bunga terpaling bunga...

ArabellaWhere stories live. Discover now