Lima

340 18 9
                                    

Zharif memandang dokumen yang berada di atas meja pejabatnya itu. Dia tertekan, projek yang bernilai jutaan ringgit itu hampir tidak dapat dicapainya kerana kecuaian Arabella. Seperti semalam, Arabella mengatakan dokumen penting mereka hilang. Mahu salahkan siapa jika gadis itu yang memegang dokumen tersebut. Arabella pula tidak mahu menerima salahnya, asyik berdalih dan menidakkan kesalahan yang telah dia lakukan.

Tangan dikepal, dia terfikir kenapalah Arabella selalu membuat masalah sepanjang bekerja bersamanya. Sudah sebulan dia mengendalikan syarikat ini dan memegang jawatan sebagai CEO. Mulanya Tan Sri Idlan hanya ingin dirinya memegang jawatan sebagai pemangku CEO sahaja, namun mengubah rancangan kerana Tan Sri Idlan yang semakin kurang sihat.

Interkom Arabella berbunyi, tahulah dia bahawa dirinya dipanggil oleh Zharif. Dia juga tertekan kebelakangan ini. Zharif seperti sengaja mencari salahnya. Dia juga sudah buat yang terbaik dan semampunya.

Dia mengeluh kecil, sudahlah hari ini dirinya rasa kurang sihat. Perut di bahagian kanannya terasa amat sakit apabila dia bergerak.

Perlahan-lahan dirinya bangun menuju ke pejabat Zharif. Pintu diketuk sebelum mendengar suara Zharif yang menyuruhnya masuk.

Terpapar wajah dingin Zharif, dan Arabella paling tidak suka melihat air muka Zharif yang satu itu. Zharif sudah banyak berubah. Tahunya hendak mengamuk dan menghina Arabella sahaja. Gadis itu juga ada hati dan perasaan.

"Apa ni Arabella?" tanya Zharif kasar. Dokumen tadi dicampak ke muka Arabella. Terkejut juga gadis itu. Marahkan dia sekalipun, perlu ke mencampakkan sesuatu pada mukanya. Arabella menahan rasa. Malu juga bila menyedari dia dan Zharif bukan berduaan. Ada Qairina di situ juga. Dan gadis itu tersenyum sinis.

Sejak awal kemunculan Qairina sebagai pengurus kewangan di syarikat itu, entah kenapa Qairina seperti cuba mencipta masalah kepada Arabella. Entah tidak puas hati apa gadis itu terhadap dirinya. Oh ya Qairina itu juga sepupu kepada Zharif, yang menjadikan dirinya juga sepupu tiri Qairina.

"Tengok! Kau termenung lagi! Eh tolonglah Bella, kalau kau nak kerja, kerja betul-betul. Jangan buat tahi! Kau tu kena bersyukur, dengan kelayakan kau tu takkan mampu langsung kau nak jejak kaki kat syarikat ni. Nasib kau baik sebab bapak kau tu terima kau kerja kat sini. Jangan lupa ya, walau kau anak kandung Tan Sri Idlan tapi aku yang paling layak uruskan syarikat ni!" Tangan Zharif ligat melonggarkan tali lehernya. Dia rasa puas dapat melepaskan kemarahannya kepada Arabella, namun tanpa dia sedar dirinya juga sedang menyakiti hati gadis itu.

Arabella pula masih terkedu mencerna kata-kata Zharif. Adakah lelaki itu memaksudkan seperti dirinya yang terdesak ingin bekerja di sini?  Lupakah lelaki itu bila dia sendiri yang memaksa Arabella untuk bekerja sebagai pembantu peribadinya.

Perut Arabella semakin sakit. Benar, dia tidak dapat berfikir langsung. Peluh dingin pula semakin mengalir di dahinya.

"Ahh." terlepas suara kesakitan dari bibirnya. Tangannya memegang bahagian perutnya yang sakit.

"Kau ni dah kenapa pulak?" Zharif bertanya bila melihat muka Arabella yang pucat itu. Tidak sihatkah gadis itu? atau dirinya yang terlampau berkasar dengan gadisnya. Huh, gadisnya?

"Haih you macam tak kenal Bella, dia ni drama queen tahu? Sengajalah tu buat-buat sakit untuk lepaskan diri dari masalah yang dia buat." Qairina mula menghasut Zharif.

"Kau diam eh perempuan! Siapa yang drama queen sebenarnya?!" hambur Arabella. Sesuka hati gadis itu sahaja menuduhnya itu dan ini. Arabella menjeling tajam, sebelum sempat dia menerangkan keadaan sebenar kepada Zharif, lelaki itu sudah membuka mulut.

"Dah la Bella, kau boleh keluar. Aku meluat tengok muka kau. Tahu timbulkan masalah, lepastu lari. Elok lah tu " ucap Zharif tanpa sedikit pun memandang wajah Arabella.

"Zharif, aku dah cakap yang aku bagi dokumen semalam tu dekat Qairina! Dia yang hilangkan, bukan aku. Jadi kenapa aku yang kena tanggung pulak?!" Arabella hilang sabar. Ingin sahaja dia hamburkan segalanya namun kesakitan di perutnya mengatasi segalanya. Segera kakinya melangkah keluar dari pejabat Zharif. Tak kuasa dia hendak menjelaskan lagi. Sengaja pintu itu ditutup kasar,tunjuk protes.

Air mata yang ditahannya sedari tadi tumpah di pipinya. Tidak tahu sama ada air mata menahan sakit diperut atau air mata kecewa dengan Zharif. Tapi kenapa perlu kecewa pula...

Perutnya semakin sakit, terasa seperti ditekan sesuatu dengan kuat. Berpinar matanya menahan sakit. Tidak boleh tidak, dia perlukan bantuan.

Namun belum sempat dirinya mencapai telefon bimbit yang berada dimejanya, dia terduduk jatuh. Kepalanya makin pusing. Kenapa dengan dirinya ini.

"Bella?! Are you okay?" Terkejut Firdaus yang kebetulan lalu disitu bila melihat Arabella yang seperti menahan kesakitan itu. Bahu Arabella dipegang lembut, membantu diri gadis itu untuk bangun kembali.

"Perut i, sakit sanga..." Arabella merengek sedikit sebelum matanya terkatup rapat.

a/n: happy reading! do vote. Bye nak sambung study hehe😝

ArabellaWhere stories live. Discover now