Tangga rumah agam itu dinaiki perlahan. Sakit juga perutnya bila banyak bergerak. Benang jahitan di perutnya juga belum tertanggal.
''Okey ke Bella?'' Puan Sri Farizah menyoal lembut,
"Okey je mama, sakit sikit biasalah kan." jawab Arabella.
"Kamu nampak Zharif pergi mana tak, sayang?" suara Tan Sri Idlan yang bertanya keberadaan Zharif, memberhentikan langkah kaki Arabella.
Jujur dia juga ingin tahu lelaki itu kemana. Lama rasanya tidak bersua muka dengan Zharif, sejak dia keluar dari hospital seminggu yang lalu rasanya.
"Entah la pa, anak awak tu rasanya tengah berkepit dengan anak buah kesayangan awak tu kot" seperti nada malas pula Puan Sri Farizah menjawab.
"Aikkk bila dia jadi kesayangan saya pulak ni. Yang si Zharif tu, dah malam buta ni kalau berkepit lagi dengan Qairina tu tak tahu la saya! Jangan buat benda tak elok sudah la. Memang nak kena terajang 7 hari 7 malam!" bebel Tan Sri Idlan.
"Apa mama, papa ni fitnah orang pulak. Kat pejabat tu banyak kerja tahu. Sampai hati fikir bukan-bukan." Zharif yang entah sejak bila sampai dan mendengar perbualan itu terus mencelah bila ada sedikit info yang agak salah diperkatakan tentang dirinya. Arabella pula terus meneruskan langkah. Rindu nak pandang wajah lelaki itu, tetapi dalam waktu yang sama perasaannya bercampur aduk. Malu dan meluat bila fikirkan lelaki itu lebih membela Qairina. Ingat Arabella lupa kah apa yang diperkatakan lelaki itu di pejabat dihadapan Qairina.
"Yelah Zharif, pergi makan sana. Kitorang dah makan tadi. Kamu tu balik lambat sangat."
"Alah teman la Zharif!" Zharif merengek kecil. Sengaja. Matanya juga sempat melirik ke arah Arabella yang masih terkial-kial menaiki tangga.
"Ahhh takde, jangan berani nak culik mama kamu ya. Papa nak ajak dia dating dalam bilik." Tan Sri Idlan terus memaut pinggang isterinya. Terjerit kecil Puan Sri Farizah bila ditarik sebegitu. Namun diikutkan juga langkah kaki suaminya menuju ke bilik di tingkat atas. Senyuman malu-malu kucing menghiasi wajah wanita itu sewaktu berselisih dengan anak tirinya, Arabella di tangga. Ingin bantu gadis itu, namun Tan Sri Idlan memegang erat tangannya.
"Bella." panggil Zharif.
Arabella buat tak tahu. Dalam hati memaki juga dirinya yang kelihatan lemah ini. Lambat betul nak sampai bilik.
"Ohh kau buat tak dengar ya." laju kakinya melangkah ke tempat Arabella.
"Heii apa ni, lepas la." tanpa apa-apa, tiba-tiba sahaja tubuhnya diangkat gaya bridal.
"Haa nak aku lepas ke, aku lepas sekarang eh." sengaja Zharif buat gaya ingin lepaskan dukungannya itu.
"Eiii jangan la lepaskan time ni." yelah kalau dilepas dirinya pada waktu ini. Maunya tergolek-golek bagai nangka busuk di tangga.
"Tahu pon. Ni ada pulak mulut, telinga? Tadi aku panggil buat tak tahu. Telinga tu buat pekak, mulut tu macam bisu pula ya?" soal Zharif. Langkahnya dengan berhati-hati menuju ke ruang makan. Kena berhati-hati sebab tengah bawa tuan puteri.
"Teman aku makan. Aku lapar ni." perlahan diletakkan Arabella di kerusi makan.
"Hmm, kenapa tak suruh Qairina je teman?" soalan dari Arabella itu membuatkan Zharif terkedu, namun hanya seketika bila senyum sinis pula yang tersungging di bibirnya. Nada gadis itu seperti berjauh hati. Atau cemburu. Tidak dia pasti.
"Dia balik awal tadi." jawab Zharif sambil tangan mencedok nasi.
Jawapan dari Zharif tadi tak semena-mena menambahkan lagi rasa sakit hati Arabella.
"Ohh takda dia baru cari aku..." Arabella menyimpulkan jawapan Zharif.
"Takda la, ada dia ke takda dia ke... Sama ja, yang aku cari kau sorang je." lancar mulut Zharif menjawab.
Pipi Arabella mula memanas. Kenapa sejak dua menjak ini, dirasakan dirinya tertarik pada lelaki itu. Tidak boleh dikawal perasaannya kala itu. Itu lah orang tua berpesan, jangan terlalu membenci nanti kelak memakan diri.
Suasana sunyi di meja makan, hanya bunyi dentingan sudu yang mengisi ruang itu.
Arabella memerhati wajah kacak jejaka itu. Mengapalah anak teruna Puan Sri Farizah ini kelihatan sungguh menarik dimata Arabella pada malam ini?
"Mana phone kau?" tiba-tiba sahaja soalan itu yang keluar dari mulut Zharif.
"Phone? Dekat bilik."
"Rugi... Kalau tak boleh ambik gambar aku, senang kau nak tenung lama-lama." Ingat Zharif tak perasan ke mata Arabella sedari tadi memerhati dirinya, membuat jantungnya berdebar hebat namun masih mengawal riak mukanya.
Arabella pula terkedu berkali-kali. Ishh malu lah dah kantoi, terus matanya memerhati benda lain pula. Buat-buat tak dengar saja ayat lelaki itu.
"I am sorry..." sudu dan garfu diletak perlahan. Zharif pandang wajah Arabella dalam. Kenapa ya dia nampak adik tirinya ini begitu menarik?
Arabella pula terdiam seribu bahasa. Terkedu dengan kenyataan Zharif sebentar tadi. Rasa tak percaya bila seorang yang bernama Zharif meminta maaf.
"Pasal haritu, aku tengah stress and terlepas dekat kau tanpa sengaja. Aku patut periksa dulu betul atau tak dokumen tu pada kau tapi..." Zharif hela nafas panjang.
"Aku lebih percayakan Qairina dari kau. Sorry sayang." sambung Zharif.
Terasa kesat tekak Qairina sekarang ini. Betul atau tidak telinga dia mendengar ayat itu dari Zharif? Makin kerap pula dia memanggilnya sayang.
"Kita kosong-kosong?" Zharif menghulurkan tangan kanannya tanda meminta maaf. Siap pakej senyuman manis ditayangkan ke Arabella.
"Okey." Arabella membalas ringkas sambil menyambut huluran tangan Zharif. Dia pun tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Kekok pula dengan perangai Zharif yang lembut begini.
Tiba-tiba pinggan yang masih penuh dengan makanan ditolak kearah Arabella.
Arabella mengerutkan kening, tak faham. Nak suruh dia makan juga ke?
"Aku dah kenyang."
Zharif geleng kepala. "Bukan, tolong suapkan aku."
a/n: Zharif ni manja ke mengada!
YOU ARE READING
Arabella
RomanceArabella seorang gadis yang cantik secantik namanya, tapi bukan peribadinya. Hanya dijaga sedari kecil oleh ibunya. Siapa ayahnya, tidak pernah dia tahu dan sememangnya dia tidak mahu tahu. Baginya lelaki amat menyusahkan dan dia membenci manusia be...