#4

96 17 0
                                    

"Kau pernah makan sini?" soal Han.

"Aku tak biasa makan luar. Nanti parents aku marah. Katanya makanan luar tak berapa elok," kata Seungmin. Mereka menunggu pesanan mereka tiba.

"Oh. Kau ni, nampak macam orang berada je," Han masih cuba berbual. Yelah, orang belanja makan kan? Hihi.

"Ish kau ni. Janganlah cakap macam tu," balas Seungmin.

"Lah apa pulak. Eh jap, nama kau apa?" soal Han.

"Err.. Kim.. Kim Seung Min," Seungmin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Jap jap. Bapak kau lah CEO Syarikat Kim Holdings tu kan? Yang kaya tu, yang ada projek besar dengan syarikat dari Jepun tu kan? Yang..."

"Ye, ye. Betul lah tu," Seungmin membalas tidak berminat. Moodnya hilang.

"Eh aku ada salah cakap ke? Sorry," Han serba salah.

"Takdelah. Kau ni kelakar lah," Seungmin tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun.

"Hai, boleh kitorang duduk sekali?" soal seorang lelaki yang tiba tiba datang. Han dan Seungmin memandang sesama sendiri.

"Kawan kau?" soal Seungmin.

"Eh aku ingat kawan kau," Han berkerut sedikit. Dua orang jejaka tadi terus mengambil tempat duduk di meja mereka.

"Nama aku Bang Chan. Tapi panggil je Chan," lelaki pertama itu memperkenalkan diri.

"Hai! Nama aku Felix. Aku asal Australia tapi parents aku orang korea. Jadi aku..."

"Jangan banyak cakaplah," Chan memotong. Felix mencebik.

"Jadi?" Seungmin bersuara dingin. Han sedikit terkejut kerana tadi dia tersenyum sahaja. Sungguh, lelaki ini tak dapat dijangka.

"Tadi aku nampak, kau dengan kau gaduh dengan sorang Ah Long ni," kata Chan.

"Aku pun nampak lah," selit Felix.

"Jadi, aku nak korang masuk team aku,"

"Hah?" Han bersuara dengan muka terkejut. Kebetulan, makanan yang dipesan mereka sampai. Seungmin masih berlagak dingin.

"Gomawo," Han tersenyum kepada pelayan itu. Gadis itu kelihatan terkejut dengan senyuman Han. Seungmin hanya menggeleng. Lelaki ni, ada aura sendiri.

"Team apa?" soal Seungmin. Han hanya mempedulikan makanannya sahaja.

"Dengar ni." Chan memandang Han. Han mengangguk.

"Join group maf..."

"Mana boleh cakap macam tu je. Kau ni. Kalau dorang taknak macam mana? Nanti identiti kita terbongkar lah," kata Felix. Chan hanya menjeling.

"Group mafia. Tolong aku. Kontrak kita bebas lepas kita selesaikan 3 mission," kata Chan. Seungmin hanya mengangguk. Makanan yang Han kunyah hampir tersembur.

"Kau setuju?" soal Han.

"Entah. Lagipun, apa salahnya. Kau pun kena join," kata Seungmin.

"Eh aku pulak. Memang tak lah aku..."

"Unlimited cheesecake whenever you want," potong Chan. Han melopong.

"Macamana kau tahu aku suka?"

"Tu," Chan menunding ke arah t shirt Han. Terdapat tulisan kecil di sebelah kiri- 'No cheesecake, no talk'

"Oh," Han tersengih. Malu mungkin.

"Kalau kau tolak tawaran ni, rugi tau. Melepaslah kau cheesecake percuma~~," kata Felix sambil jarinya mencucuk cucuk lengan Han.

"Tapi aku..."

"Tawaran dalam 5 saat. 5... 4... 3... 2..."

"Okay fine! Aku join," Han menggulingkan matanya. Seungmin tersenyum. Begitu juga Chan dan Felix.

Chan menceritakan dari awal sehingga ke situasinya sekarang. Dia perlu mencari dua orang ahli lagi.

"Aku tolong cari sorang," kata Seungmin.

"Aku pun," sambut Han.

STRAY :the mafiaWhere stories live. Discover now