"Boleh?" soal Seungmin setelah menjelaskan tentang dirinya yang perlu mencari ahli pasukan kumpulan mafianya.
"Kau kata, benda ni sulit?" kata lelaki itu. Seungmin mengangguk.
"Macam mana kau yakin sangat aku akan masuk? Kalau aku ni polis macamana?" lelaki itu tersenyum sinis.
"Kalau polis, takkan tembak tayar motor orang macam tu," Seungmin tersengih. Lelaki itu sedikit terkejut.
"Kau nampak ke?" soal lelaki itu.
"Kemain kuat lagi bunyi, bro,"
"So? Join tak? Lagi pun aku tengok kau macam berbakat nak join team aku," sambung Seungmin lagi.
"Hwang Hyunjin. Hyunjin for short," lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat.
"So, kira jadilah ni?" Seungmin menyambut huluran lelaki itu. Lelaki itu mengangguk.
"Bak sini number phone kau, alamat kau, identity card number kau,"
"Eh nak buat apa?" soal Hyunjin.
"Kan benda ni sulit, untuk pastikan kau tak lari, aku pegang semua maklumat kau dulu. Nanti aku contact kau balik untuk first meet up kita," kata Seungmin sambil mencatat nombor nombor itu.
• • •
"Yang Jeongin,"
"Woah bro, lama tak jumpa," kata seorang lelaki bernama Jeongin atau lebih mesra, I.N.
"Kau still dengan benda benda tu ke?" soal Chan.
"Aku?" I.N tergelak.
"Tangan aku memang dah lama kotor, dan aku tak berminat nak cuci tangan," I.N tersenyum. Mukanya yang manis, memang membuatkan orang sukar mempercayai dia merupakan pengedar barang haram- dadah. Namun begitu, dia tidak pernah mencuba benda haram itu.
"Nice. Aku nak offer kau kerja dengan aku," kata Chan. I.N mengangkat sebelah keningnya.
"Join group aku. Under syarikat Park,"
"Sy- Syarik- Syarikat Park?!" I.N terkejut. Chan hanya mengangguk. Tidak seperti biasa, kali ini Chan datang bersendirian dan tidak bersama Felix. Katanya Felix terlalu bawah umur untuk melihat benda benda ini.
"Aku ni, edar dadah je weh. Bukannya berlawan lawan,"
"Sebab tu aku nak kau," kata Chan.
"Kau pandai seludup seludup barang. Aku nak kau join team aku," sambung Chan lagi. I.N tersenyum.
"Okay then if that's what you say,"
• • •
Sabtu
14 Mac 20XX"Mana Han ni?" Felix memandang jam tangannya. Sudah 10 minit berlalu, namun Han masih tidak kelihatan. Di hadapannya, terdapat 5 orang jejaka berpelitup muka hitam, serta bertopi. Itu apa yang Chan arahkan.
"Kejap lagi dia sampai lah tu," kata Seungmin. Sebenarnya dia juga risau andaikata lelaki itu tidak hadir.
"S-Sorry lambat," Han tercungap cungap mengambil tempat di sebelah Seungmin. Di belakang Han terdapat seorang lagi lelaki.
"Takpe. Okay duduk sekarang," arah Chan.
"Okay seperti yang korang semua tahu, kita akan bekerjasama as one team,"
"Aku nak sekarang bukak mask korang, kenalkan diri masing masing," arah Chan lagi. Mereka menanggalkan mask mereka.
"Kau?!" Han terjerit kecil sejurus melihat muka Hyunjin.
"Ji- Jisung?! Kau buat apa kat sini?!" Hyunjin berkerut memandang Han.
"Aku yang patut tanya kau, kau buat apa kat sini!" Han bermuka marah.
"Korang kenal?" soal Felix.
"Dia ni? Heh," Hyunjin menjeling Han. Han berdiri ingin bergerak ke Hyunjin kerana mereka berhadapan lalu ditahan oleh Seungmin.
"Han, duduk," arah Chan. Han menurut kata Chan.
"Aku tak kisah lah korang dah kenal ke apa, tolong kenalkan diri balik," kata Chan.
"Aku, Felix,"
"Seungmin,"
"Han,"
"Changbin, Seo Changbin,"
"Nama aku I.N,"
"Minho, Lee Know for short. Aku medic yang dipaksa rela untuk masuk,"
"Hyu-"
"Tch," Han mendecit mencelah Hyunjin dari memperkenalkan diri.
"Han," Chan memberi amaran. Hyunjin mengeluh perlahan.
"Hyunjin,"
"Aku, Chan. Malam ni ikut aku dulu. Aku nak uji korang dan aku nak kenalpasti kelebihan korang,"