#5

86 13 0
                                    

"Eh, taknak aku!" Lelaki itu menggeleng berulang kali.

"Ala, tolonglah Binnie~~~"

"Yah Han-ah! Aku dah cakap kan jangan panggil aku macam tu! Aku tampar kau karang,"

"Hm. Kalau kau taknak tolong, takpe lah," Han memusingkan badannya berpaling dari Changbin.

"Aduh merajuk pulak," Changbin mengusutkan rambutnya.

"Aku bukan taknak, tapi..."

"Dahlah tak payah nak pujuk aku. Aku okay je," kata Han.

"Kau ni mengada ngada lah! Yelah aku join. Ish geram betul," kata Changbin. Han berlari ke arahnya lalu memegang kedua dua pipi Changbin.

"Seriouslah?! Kamsahamnida Binnie!!!!!!" dia tersenyum teruja.

"Kau panggil nama tu lagi, elok elok gigi kau cantik, terabur esok," Changbin menjeling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kau panggil nama tu lagi, elok elok gigi kau cantik, terabur esok," Changbin menjeling.

"Ha sebab ni lah aku ajak kau! Kau ada aura taiko taiko ni,~~" Han tersengih.

"Apa kau kata? Kau nak cakap muka aku ni muka jahat ke hah?!" Changbin menumbuk lengan Han. Perlahan.

"Alamak singa dah mengamuk!" Han terus berlari meninggalkan Changbin.

Changbin menggelengkan kepalanya. Han merupakan anak kepada rakan ibunya. Mereka memang rapat dari kecil walaupun Han lebih muda setahun darinya.

                                        •   •   •

"Mana aku nak cari orang ni. Ish aku ni bukannya ada kawan pun," Seungmin mengeluh. Dari biliknya yang berada di tingkat atas rumahnya itu, dia perhatikan persekitaran tempat tinggalnya.

Dia tertarik untuk memandang lelaki yang berjalan dibelakang seorang nenek. Jarak mereka agak jauh, jadi mustahil mereka ada kaitan. Cumanya, kenapa lelaki itu tak melajukan langkah dan potong sahaja nenek itu?

Tiba tiba ada dua orang lelaki yang sedang menaiki motorsikal merampas beg nenek itu.

"Tolong! Tolong nenek, nak," nenek itu merayu kepada lelaki yang dibelakangnya. Lelaki itu memandang nenek itu tanpa perasaan. Dia pusing dan terus berlari mengejar motor itu.

Lelaki itu mengeluarkan pistol lalu menembak tayar belakang motor itu.

Seungmin ternganga melihat kejadian itu. Motosikal itu terhuyung hayang lalu melanggar tiang. Lelaki itu merampas beg nenek tadi. Dia berkata sesuatu kepada dua orang lelaki tadi namun Seungmin tidak dapat mengenalpasti kerana lelaki itu memakai mask.

Lelaki itu memulangkan semula beg kepada nenek itu.

Seungmin yang mendapat idea terus berlari turun ke bawah.

"Nak pergi mana?" soal Encik Kim.

"Depan kejap, nak tengok pokok," Seungmin tersengih sebelum kembali berlari.

"Encik! Encik yang pakai mask tu!" Seungmin mengejar lelaki itu. Lelaki itu berpusing lalu menanggalkan masknya.

"Aku kenal kau ke?" kata lelaki itu.

"Ken- t-tak eh maksud saya ha tak kenal tapi akan kenal," Seungmin terus berubah serius.

STRAY :the mafiaWhere stories live. Discover now