RINDU TIDAK BERPENGHUJUNG

42 13 9
                                    

"Kamu hanya ada 7 bulan sahaja untuk hidup", Kata-kata doktor itu membuatkan isteriku,Aida terkejut lalu memarahi doktor tersebut dan berkata. "Doktor bukan tuhan untuk tentukan masa hidup seseorang".

Aku tidak mampu berkata apa-apa dan hati aku sebak melihat Aida yang seperti tidak mempercayai apa yang keluar dari mulut doktor tersebut. Hati siapa yang tidak sedih bila mengetahui ajalnya hampir tiba.

Aku cuba untuk menenangkan isteriku namun aku juga turut mengalirkan air mata kerana masa kami bersama hanya tinggal 7 bulan sahaja. Setelah itu kami pulang ke rumah, suasananya menjadi sepi aku tidak tahu cara untuk mengembirakan hati Aida lagi. Seharian kami di rumah tetapi dia hanya mendiamkan diri dan tidak menyentuh sedikit pun makanan yang dihidangkan olehku.

Hal ini membuatkan aku terkenang kisah aku dan Aida beberapa bulan yang lalu.

~BEBERAPA BULAN YANG LALU~

Pada saat itu hubungan aku bersama Aida tidak baik. Kami sering bertengkar walaupun hal yang remeh sahaja. Aku selalu membiarkan Aida melakukan segala kerja rumah dan aku tidak membantunya sedikitpun.

Untuk pengetahuan aku telah berhenti bekerja beberapa bulan yang lalu. Hal itu membuatkan Aida terpaksa bekerja untuk kami meneruskan hidup. Balik sahaja dari tempat kerja Aida tidak akan menyapaku dan sering kali berkata kepadaku "Kau suami yang dayus, aku lebih sanggup mati daripada kenal lelaki macam kau". Aku sedikit sedih dengan kata-katanya.

Dengan berbekalkan 7 bulan aku memasang niat untuk memperbetulkan semua kesilapan aku terhadapnya. Aku berkata dalam hati.

"AKU AKAN MEMPERBAIKINYA SEBELUM BERAKHIR"

To Be Continued...

Rindu tidak BerpenghujungWhere stories live. Discover now