RINDU TIDAK BERPENGHUJUNG 3

29 8 9
                                        

      Masa berlalu dengan cukup pantas.  Kini tersisa sebulan sahaja lagi sebelum kami berpisah selama-lamanya.

   Penyesalan yang aku rasai selama perkhawinan kami telah hilang dan bertukar menjadi suatu kebahagian.
Sewaktu dahulu aku menganggap perkhawinan ini tiada makna dan selalu berharap kami akan berpisah namun aku tidak menjangkakan ajal maut yang menjadi punca perpisahan kami.

Datangnya terang perginya malam setiap hari membuatkan hati Aida semakin sayu di bulan terakhir ini namun dia menutupnya dengan senyuman yang penuh makna agar aku tidak mengesyaki penderitaannya.  Setiap tengah malam aku Aida akan menangis ketika aku tidur.

  Apabila mendengar rintihannya setiap malam aku hanya mampu membisu. Aku mengetahui bahawa Aida tidak ingin aku bersedih oleh sebab itu aku hanya bertingkah seperti biasa.

Untuk bulan yang terakhir ini aku merancang untuk mencipta kenangan yang amat terindah untuk Aida. Aku ingin membawa Aida ke tempat pertemuan kami yang pertama kali iaitu di pantai.

Pada keesokkan hari, Aku berkata kepada Aida bahawa aku ingin membawanya ke suatu tempat yang istimewa.

Apabila hampir sampai ke kawasan pantai, aku menutup mata Aida dengan tanganku dan mengiringinya. Namun dengan senyuman yang terukir di wajahnya dia lantas berkata.

"Abang bawa kat pantai, tempat kita mula-mula jumpa kan?".Aida ketawa kecil.

"Aik tahu betul yee".balasku kepadanya.

"Alaa memangla tahu kan dengar bunyi ombak tu takkan la pula bunyi ekzos motor".Sambungnya.

Kami ketawa bersama-sama lalu aku membuka tanganku dan mata kami saling bertatapan. Wajah Aida yang menatapku membuatkan dunia seolah-olah berhenti seketika dan memberiku peluang untuk melihat wajahnya untuk kali terakhir.

Dalam tak sedar Aida menangis, pada masa yang sama aku rasa Kesedihan ini bercampur dengan rasa sakit yang aku alami. Aku memeluknya dengan erat ketika itu aku tidak tahu berkata apa lagi. Aida juga ketika itu tidak mampu meluahkan apa lagi. Kami menikmati senja itu bersama. Terbenamnya matahari seperti memberi isyarat berakhirnya kisah kami.

Setelah itu aku memutuskan untuk pulang ke rumah bersama Aida. Badanku sangat letih dan terpaksa menyuruh Aida yang memandu. Sewaktu bersama Aida di dalam kereta pandangan seperti mula kabur. Aida sedar akan tingkahku yang aneh dan mula bertanya.

"Abang kenapa ni bang?abang okay tak ni?".Kata aida dengan nada yang amat risau.

"Abang okay cuma pening sikit kot".Balasku untuk menenangkan hati Aida.

Tidak lama kemudian aku mula batuk mengeluarkan darah dan itu membuatkan Aida semakin risau dan terus menghala ke Hospital. Aida tidak tahu perkara ini akan berlaku sebegini dan berharap semua ini hanya akan baik-baik sahaja.

~Pada hari mereka bertemu doktor~

Doktor : "Tuan, kamu hanya ada 7 bulan sahaja untuk hidup"

Aida: "Doktor bukan tuhan untuk tentukan masa hidup seseorang"

Sebenarnya aku mengalami sakit yang tidak boleh disembuhkan dan hanya menunggu masa sahaja untuk meninggalkan dunia.

Aku menyembunyikan sakit ini dari Aida kerana aku tidak mahu dia risau. Oleh kerana itulah aku sering menyuruh Aida membuat kerja rumah. Aku juga berhenti kerja disebabkan aku ingin meluangkan masa dengannya lebih lama. Namun tahap kesihatanku diketahui oleh Aida apabila dia menjumpai ubat-ubatan ku.

Hal inilah yang membuatkan kami memperbaiki hubungan kami yang telah hancur dan memulainya semula.

~Setibanya di Hospital~

Aku diangkat oleh pekerja hospital untuk dibawa ke bilik kecemasan.
Sepanjang perjalanan menuju ke bilik tersebut aku hanya menasihati Aida untuk kali terakhirnya.

"Aida andainya abang tiada usahlah ditangiskan kehilangan yaa.Abang akan kesal jika Aida tersiksa sebab suratan takdir telah menimpa kita.Abang bersyukur kenal Aida.Walaupun sebak di hati Aida relakan abang melangkah selamanya " Kataku dengan senyuman yang aku hadiahkan khas untuknya.

Aida hanya menangis dan itulah kali terakhir aku melihat wajah Aida sebelum terpisah oleh pintu bilik tersebut.

Sepanjang berada dalam bilik itu pandanganku kabur namun aku hanya terbayang wajah Aida yang penuh dengan senyumannya dan Aku merasa penat yang amat sangat membuatkan mataku tertutup selamanya.

Aida yang menunggu di luar pintu tidak mampu menahan air matanya apabila melihat doktor yang seperti memberi isyarat tiada harapan dan menutup wajah suaminya. Kesedihan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Aida merasa kehilangan yang cukup besar dalam hidupnya.

Setelah beberapa hari selepas pengebumian suaminya, Aida sering berkunjung ke pantai untuk melepaskan rindu. Biarpun sakit yang amat sangat namun Aida pasrah dan meneruskan hidupnya.Aida hanya mendoakan agar suaminya tenang di alam sana.

Kini Aida menyedari sakit yang amat perit ialah sakit menahan Rindu yang tidak berpenghujung.

Sebelum meninggalkan tempat pantai tersebut bahu Aida terasa di sentuh oleh tangan suaminya dan terus berpaling tetapi itu hanya khayalannya sahaja. Namun sebaik berpaling pemandangan matahari yang terbenam membuatkan Aida tersenyum lalu berkata. "Selamat tinggal bang".

Tamat.

Rindu tidak BerpenghujungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang