RINDU TIDAK BERPENGHUJUNG

27 10 11
                                    

    Walaupun berbaki beberapa bulan sahaja aku tetap akan mengembirakan hati isteriku.

  Kini aku mulai membantu Aida membuat kerja rumah dan aku mulai bekerja kembali.  Hubungan kami semakin lama semakin baik. Kami tidak lagi bertengkar mengenai hal remeh.

  Namun aku mengetahui jauh dalam hati Aida masih tersimpan perasaan yang sedih begitu juga denganku tetapi aku mencuba untuk menyorokkan perasaan tersebut dan hanya fokus untuk membahagiakannya.

   Kami juga sering bergurau bersama sama.
"Seronoklah nanti boleh cari pengganti" kataku kepada Aida dengan nada bergurau.

"Ye seronoklah tapi kalau sayang janganlah cari pengganti,Aida pun sayangkan abang" balas Aida kepadaku sambil tersenyum

   Aku tahu itu sekadar gurauan tapi selama kami mendirikan rumah  tangga, Aida tidak pernah mengucapkan perkataan sayang kepadaku.

Kata-katanya itu membuatkan aku tidak dapat menahan air mataku.  Aku menangis di hadapan Aida dan berkata.  

"Abang sedih, selama ini abang tidak pernah membahagiakan sayang dalam hidup.Abang minta maaf kat sayang sangat-sangat".

"Abang ni janganlah cakap macam tu Aida taknak abang sedih macam ni.Kan ada masa lagi mari kita baiki sama-sama ye".Aida cuba untuk menenangkan dan mengelap air mataku menggunakan jarinya.


   Betapa pedihnya hatiku bila menyedari aku takkan merasai kelembutan jarinya selepas ini.  Aku takkan mendengari suaranya yang merdu dan aku menyedari aku tidak akan bertemu dengannya lagi.

Walaupun malam itu terasa dingin namun pelukan Aida membuatkan suasana menjadi hangat.  Aku tidak akan melupakan momen indah ini biarpun sebentar sahaja.

To Be Continued...

Rindu tidak BerpenghujungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang