6 | Conclusion

170 16 5
                                    

Setelah keluar saja daripada hospital, aku hanya mengurungkan diri di dalam bilik dengan dinding yang dipenuhi kertas yang tertulis sesuatu di atasnya. Bilik yang gelap dan hanya diterangi dengan cahaya daripada skrin komputer. 

Kepala aku hanya fokus kepada satu perkara sahaja. Seseorang yang selalu buat aku rasa tak sedap hati bila dekat dengan dia. Kasyaf Aiman, apa identiti sebenar dia. Berdasarkan laporan, Kasyaf memiliki ability manipulate memories. Tapi betul ke? Sejauh mana agensi dapat pastikan. 

Pertama kali aku jumpa Kasyaf, aku cuba padamkan memori dia tapi tak berjaya. Sebab dia boleh gunakan ability dia untuk protect memori sendiri? Atau ada 'wall' yang halang.

Kali kedua, kenapa aku ada rasa perasaan yang kuat untuk protect dia? Walaupun aku tak kenal dia untuk jangka masa yang panjang. 

Dan ketiga, kenapa aku tak tahu apa apa tentang perompak yang tembak aku tu? Sedangkan tak ada apa yang boleh terlepas daripada ramalan aku.

Dengan ketiga tiga perkara ni, aku sampai ke satu kesimpulan. Betul ke kasyaf ada ability manipulate memories?

Aku menggigit bibir kuat, kertas yang diduduki aku yang tadinya putih mula bertompok merah. Rasa pedih langsung tidak dihiraukan. Aku boleh gunakan ability aku untuk tengok masa depan Kasyaf tapi aku risau apa yang akan jadi pada diri aku lepas tu. 

Pertama kali aku guna ability ni, aku halakan pistol di kepala. Walapun aku tak cedera, peluru masih mencari mangsa. Akibatnya, Adrian yang makan peluru tu. 

Well, bukan salah aku pun.

.

.

.

Ye, salah aku. Walaupun Adrian yang nak tengok ability aku, memang salah aku. Aku boleh je tolak permintaan dia. Tapi bukan salah aku sepenuhnya kan? Kira half half lah kan? Jadi aku boleh simpulkan lepas aku guna ability ni, aku akan bertindak untuk unuh diri secara tak sedar.

dan kali terakhir pulak, seorang ahli kumpulan aku meninggal dunia. Aku yang bunuh sebab kesan pakai ability ni. 

Aku gelak kecil sebelum bilik kembali sunyi sepi.

"Ah, this is suck. "

Aku kembali meneliti dokumen maklumat yang aku dapatkan sendiri tentang Kasyaf dengan berhati hati. Lama juga masa yang diambil. Pagi atau malam aku tak dapat nak bezakan lagi sehingga aku menyedari sesuatu. 

Segera aku menuju ke komputer dengan nafas yang tidak teratur. Jari aku menggeletar sambil menaip sesuatu. Tolonglah, tolonglah apa yang aku fikirkan tu salah. 

Segala hasil carian mula terpapar dengan jelas. Aku menekup mulut, tiada satu perkataan pun yang dapat jelaskan apa yang aku rasa. Maklumat diri Kasyaf yang dilaporkan kepada agensi cumalah palsu. 

Budak sekolah yang tiba tiba jadi penculik? Dipaksa? Hah, lawak apa ni? Dia langsung tak dipaksa. Kasyaf sendiri yang cadangkan idea untuk menculik. Lebih tepat untuk culik aku. Wall dalam fikiran untuk elakkan memori dipadam? Bullshit! Dia cuma taknak aku tengok memori lama dia memandangkan aku periksa satu persatu memori untuk dipadam.

Ahli agensi lama yang aku bunuh ialah adik Kasyaf. Kasyaf kesini untuk balas dendam.

Aku mencapai sejenis gadjet yang digunakan khas di dalam agensi. Qhai, Violet, Eren dan Adrian. Talian aku disambungkan kepada mereka berempat. 

Aku menarik nafas panjang sebelum membuka mulut, " Code 6 3 7 3 4 5 3. " Aku menyebut satu persatu nombor yang membentuk kod yang hanya difahami kami berempat. Kod yang membawa maksud revenge. Kebiasaannya, kod ni digunakan apabila ada musuh yang kembali untuk membalas dendam. Sesuai dengan situasi sekarang. 

Keadaan di hujung talian hanya sunyi sepi. Mungkin masing masing masih keliru siapa yang ingin membalas dendam atau terkejut dengan maklumat yang diterima. 

" Code Elemental, roger. "

" Code Persona, roger. "

"Code Rainbow, roger. "

Aku masih menunggu orang terakhir untuk memberi respondnya. 

" Code Core, "

" Roger. "

Talian diputuskan. 

" Alia, abang kau dah datang. Dia datang nak bunuh aku. " 

Aku memandangkan background komputer yang memaparkan gambar kami berenam termasuk Alia. 

" Sorry Lia, aku terpaksa bunuh abang kau. Afterall, "

" semua yang jadi penghalang wajib dibunuh. "

Hahahaahahahahaah

" Morning guys, so aku nak bagitahu plan pasal budak yang kena buli tu ye. " Dengan wajah yang ceria, aku melangkah masuk ke dalam pejabat seperti tiada apa apa yang berlaku. 

Seperti biasa, jarum jam yang cantik berada pada nombor tiga. Cawan starbuck di tangan yang masih penuh.

Aku tak mendengar apa apa complain daripada Adriyan. Hanya mereka yang lantas berkumpul di satu tempat untuk mendengar rancangan aku dengan lebih terperinci, termasuk Kasyaf. 

Aku mengangkat kening kepada Adriyan, " Tak nak ceramah aku ke? " 

" Aku ngantuk. Kau punya pasal lah ni. Tak ada kerja ke masukkan ubat tidur dalam breakfast aku. " Kata Adriyan lalu menguap. 

" Aku fikir masa aku masuk office kau dah tidur, tapi takpe. Lucky jugalah sebab kau tak membebel. So anyway, siapa yang bagitahu aku yang masukkan? " Aku memberi kopi starbuck yang masih penuh itu kepada Adriyan. Memang niat nak bagi pun. Aku punya dah lama habis.

" Aku tak perlukan orang lain untuk bagitahu aku. " Kata kasyaf dengan perlahan sambil mengambil cawan starbuck yang dihulur. 

" Jadi berdasarkan maklumat yang aku dapat haritu, pembuli tak dapat tangkap kan? " 

Adriyan menganggukkan kepala perlahan. 

" Aku pun menggunakan masa yang diberikan supaya pulih sepenuhnya untuk cari pasal pembuli ni dan yes. Aku dah teliti semua cctv kat sekolah, dan tengok dia mangsa tu berhubung dengan siapa sebelum masuk ICU. " Aku memberi sebuah fail kepada Adriyan. 

" Violet, gudang haritu kau dah confirmkan? "

" Confirm, tak ada siapa yang guna atau lalu dekat gudang tu. " 

" Okay Adry, aku nak kau bawak budak tu ke gudang malam ni. Aku tak kisah kau nak rasuah dia, ugut atau culik dia. Asalkan dia ada jugak. "

" Ohh aku tahu, lepas tu kau nak belasah dia then ugut dia supaya jangan buli orang lagi kan. " Eren tersenyum bangga setelah memandai simpulkan rancangan aku.

" Kau nak masuk balik sekolah rendah ke apa? "

Eren terdiam.

" Berdasarkan penyiasatan aku, syarikat bapak dia ada makan rasuah dan kerja kerja haram yang lain. Bukti pun aku dah kumpul cukup. Budak ni cukup pandai untuk tahu apa yang jadi kalau media massa dapat tahu benda ni. "

" Eren mungkin betul kita akan ugut dia," 

Eren tersenyum sampai ke telinga apabila tekaan dia tepat mengenai sasaran. 

" TAPI, "

Aku menekankan perkataan tapi, 

" Ugut je, bukan belasah pun. "

Eren tergelak, " Sama je kan. Kau cuma taknak mengaku. "

Aku tidak mempedulikan Eren. 

" Adelina, misi kita kali ni tak perlukan ability kau. Tapi kalau kau nak kumpul pengalaman, kau bleh ikut sekali. " 

Kesemua mata kini terpaku kepada Adelina, menunggu jawapan daripadanya. 

" Aku ikut, lagipun bukan selalu kita pergi misi macam ni kan. " Adelina tergelak kecil. Cuba menghilangkan rasa nervous. 

" Tak perlu nervous pun. Ni cuma misi kecik je. " 

Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepada Adelina. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ariella NavarreWhere stories live. Discover now