>>•••<<
Disclaimer !!
Hai.. This is my first story about VeriVery. Jujur cerita ni dikarang melalui imaginasi saya sendiri dan memang asli dari kepala otak saya. Kalau ada persamaan dengan cerita di wattpad yang pernah anda baca mungkin ia satu kebetulan sahaja.
Cerita ni tak ada kena mengena dengan yang hidup @ meninggal dunia. Cerita ni juga tak de kena mengena dengan kehidupan nyata VeriVery. Ini hanya fiksi rekaan semata ii.
Maaf jika ada typo yang bersepah. Saya hanya manusia biasa. Vote dan komen diperlukan untuk saya perbaiki lagi kesilapan. Terima kasih ❤
[ (Y/N) = Your Name ]
>>•••<<
>Memory<
•Ring•>>•••<<
"Papa.. Ini cincin ciapa?" seorang anak kecil memegang sebuah cincin yang dijumpainya di dalam sebuah kotak ketika membantu papanya mengemas sebuah ruangan.
Lelaki yang dipanggil 'papa' tadi menoleh melihat putera kecilnya yang baru berusia 5 tahun sedang memegang sebuah cincin.
Lelaki itu hanya terdiam melihat cincin tersebut.. Cincin yang ada ukiran ♢VeriVery♢
"Papa.. Kenapa papa diam?" anak kecil tadi bersuara sambil memegang hujung baju lelaki tersebut.
"Ahh maaf sayang.. Mana kamu jumpa cincin ni?" tanya lelaki tersebut yang kini sudah menyamakan ketinggiannya dengan putera kecilnya.
"Dalam kotak tu.. Itu cincin papa ke?"
"Yea sayang, ni cincin papa.. Cincin papa sebelum papa jumpa mama... Kalau Younghoon nak tau, cincin ni banyak sangat kenangannya antara papa dengan kawan-kawan papa.. Nama ♢VeriVery♢ ni adalah nama persahabatan papa dengan 6orang kawan papa.. Walaupun berbeza umur tapi papa dah anggap diorang macam keluarga papa sendiri." terang lelaki tersebut kepada Younghoon putera kecilnya.
"Wahh lamainya kawan papa.. Nanti Younghoon pun nak macam papa juga ada kawan lamai" ujar si kecil teruja.
Lelaki tersebut hanya tersenyum dan mencubit pipi anak kecilnya lembut.
"Hoyoung oppa, (Y/N) dah siapkan makan tengah hari.. Kita makan dulu ehh lepas makan baru sambung kemas-kemas lagi." ujar (Y/N) isteri kepada Hoyoung suaminya.
"Mama ajak papa je ke makan tengah hali? Younghoon pun lapal juga" ujar Younghoon dengan memegang perutnya sambil membuat muka sedih di depan mamanya.
"Hahaha yea sayang Younghoon lapar jom turun makan.. Tapi ajak papa dulu makan sama"
"Papa.. Younghoon lapal jomlah makan"
"Yea sayang jom kita makan kenyang ii. Mesti mama masak sedap ii kan" ujar Hoyoung sambil melirik menatap sang isteri yang tersenyum melihat tingkah suami dan putera kecilnya.
"Oppa.." panggil (Y/N) memberhentikan pergerakan Hoyoung.
Hoyoung menatap isterinya hanya menunggu persoalan yang akan dilontarkannya.
"Oppa tak ada niat nak jumpa kawan-kawan lama oppa? Dah 10tahun oppa tak pernah berkomunikasi dengan diorang"
Hoyoung masih tetap diam, tiada niat untuk menjawab pertanyaan sang isteri malah dia hanya melemparkan sebuah senyum. Lebih tepatnya senyuman yang sedih.
"Kita makan dulu jom. Kesian Younghoon dah lapar" ujar Hoyoung menggengam tangan isterinya lembut dan menuju dapur yang berada di tingkat bawah bersama Younghoon yang berada di dalam gendongan (Y/N).
YOU ARE READING
Memory || •VeriVery•
Fiksi PenggemarCOMPLETED Susah senang sama-sama ~ Dongheon Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung Suka duka kita tetap bersatu ~ Minchan Tetap jadi diri sendiri ~ Gyehyeon Hidup mati tetap kita bersama ~ Yeonho Jangan putus asa ~ Yongseung Setia hingga ke Syurg...