CMM 2

3.7K 304 66
                                    

" YAM SUKA ABANG DARISH! " jerit Maryam sebelum terbangun dari tidur lena nya. Mata nya terkelip-kelip namun bibir mengukir senyuman manis. Tak di sangka dia boleh mimpi kisah lama nya itu. Tak di gambarkan lah betapa gatal nya dia dahulu.

Maryam senyum lebar. Kaki di hentak di atas katil. Selimut nya di tekup di mulut agar menghalang dirinya dari menjerit sebelum perlahan-lahan senyuman nya makin menurun.

Masih segar di ingatan nya bahawa Darish telah berpindah ke luar negara sewaktu umur dia tujuh belas tahun. Dah lah jauh, nombor telefon dia pun tak ada. Melainkan abang sulung nya. Yelah, dah nama pun sama umur, rapat pula itu. Bila di minta nya nombor abang Darish, pelbagai alasan di beri.

Keluhan di lepaskan Maryam. Dia tahu seorang wanita tak elok mengeluh, tapi dia kecewa. Abang Darish tak pernah nak berbaik dengan nya. Jumpa je mesti dia cari gaduh.

" Ya Allah, anak dara satu ini! Sampai bila nak bertapa dekat atas katil itu?! Pergi mandi! " jerit Puan Mikasyah di depan pintu. Jam dah menginjak ke pukul sembilan masih tak reti bangun. Itulah orang kata, jangan tidur lepas subuh.

Maryam mengurut dada nya. Dah nama Puan Mikasyah, sekali jerit, sampai kawasan perumahan sebelah jalan raya pun boleh dengar. Haih lah mama.

" Ye nak bangun lah ni. Adik dah lama bangun lah. Nak rehat kejap. " ujar Maryam seraya bangun dari katil.

" Kamu ini. Cuba rajin sikit. Macam mana lah orang nak masuk minang kalau gaya nya macam ini. Masak pun tak pandai, apa saja yang kamu pandai? " bebel Puan Mikasyah. Dia melangkah masuk ke dalam bilik anak nya. Tangan sibuk meraba-raba katil Maryam.

" Mama jangan risau. Yam kan ada abang Da— "

" Abang apa? Abang Darish? Tak kebulur dia nak anak dara macam kamu ini. Masak pun tak reti. "

" Mana mama tahu dia kebulur? Dia kebulur apa ma? Kebulur maggie? "

Maryam terkekek ketawa lalu berlari masuk ke dalam bilik air apabila Puan Mikasyah mengejar nya. Tak lain tak bukan mahu ketuk kepala nya lah itu. Sekali ketuk boleh bergegar otak dia.

" Lepas ini tengok lah kamu apa mama nak buat. " ujar Puan Mikasyah sebelum pergi.

Maryam senyum tipis. Puan Mikasyah kalau dah marah, mengalah kan harimau yang tengah lapar. Bila dah mula membebel, lebih baik sediakan panadol awal-awal. Takut tak dapat tahan bebelan Puan Mikasyah.

Selesai sahaja siapkan dirinya, Maryam turun ke tingkat bawah. Turun sahaja dirinya di sergah dengan larian adiknya, Ahmad. Hampir sahaja Maryam jatuh terjelepok namun sempat menahan di kekisi tangga.

" Tak ada tempat nak main ke apa? Mau nys akak jatuh tadi macam mana? Memang makan penumbuk jawab dia. " ujar Maryam dengan amarah nya.

Ahmad berpaling. Segera tangan kakak nya di paut. Dirinya di sembunyikan di balik badan Maryam.

" Asal kau ini? "

" Dalam tan— "

Maryam mengeluh kecil. Pintu tandas yang terbuka luas di hampiri. Dirinya di bawa masuk ke dalam tandas. Sekeliling tandas tersebut di perhati, sebelum perlahan-lahan dia keluar.

" Ada apa? "

" Lipas. Tengok lah betul-betul. Ada dekat sebelah sinki tu. "

Maryam berdecit. Lipas pun nak di takutkan kenapa? Bukan dia makan orang pun. Kepala Ahmad di ketuk nya sebelum masuk semula ke dalam tandas. Ahmad di luar, tutupkan pintu tandas. Maryam berpaling. Bayang lipas pun tak kelihatan. Jamban adalah.

Maryam keluar dari tandas. Tanpa kata dia menuju ke meja makan. Kerusi di tarik lalu di labuh punggung nya di sana.

" Kak ada lagi tak? "

She's An BabyGirl : Cinta Masam Manis ✅Where stories live. Discover now