CMM 1

7.8K 333 93
                                    

Bagi sesiapa yang dah pernah baca CMM ini, saya mohon maaf dahulu. Disebabkan beberapa masalah, saya terpaksa mengubah jalan cerita ini 80% dari Storyline asal dan disebabkan itu juga saya terpaksa unp cerita ini buat sementara waktu.

So jangan pelik kenapa storyline dah berubah dan tak sama seperti yang dahulu. Author akan tukar jalan cerita ini dari bab 3. So kepada pembaca lama saya, you guys boleh baca dari chapter 3.

Harap ianya tak serabut dahulu lah ek. For the blurb juga dah ubah. Author mohon maaf, dan jika ianya tidak sampai pada pilihan awak, saya tak paksa, boleh buang. Enjoy.

" MAMA boleh lah. Kejap saja. Adik janji tak lama. " pujuk Maryam. Lengan ibu nya di raih meminta simpati.

" Kamu itu anak dara. Mama tak benarkan kamu pergi rumah lelaki. " protes Puan Mikasyah tegas.

Maryam menunduk. Dia nak jumpa abang pujaan hati dia. Air mata mula bertakung. Mata berair itu di tatap ke anak mata ibu nya.

" Mama.. Adik nak juga. "

Puan Mikasyah tetap menggeleng. Lengan nya di tarik dan mula membawa dirinya ke dapur. Melayan anak perempuan nya itu, sampai ke sudah tak akan habis.

" Mama! Mama! Adik nak pergi rumah abang Darish! " rungut Maryam di ruang tamu. Kaki di bentak nya berkali-kali tanda memprotes ibu nya.

Puan Mikasyah tetap tidak melayan. Umur baru tujuh tahun, tapi gatal dia tak boleh bawa bincang. Pernah sekali itu, dibawanya dia pergi meminang abang Darish dia itu. Budak tujuh tahun pun pandai soal kahwin. Tergeleng kepala Puan Mikasyah memikirkan sikap anak dara nya itu.

Maryam mencebik. Air mata nya di kesat. Mama jahat. Adik nak jumpa abang Darish saja pun, bukan nak bawa dia kahwin. Arghh rindu.

" Abah.... " Maryam merangkak ke kaki abah nya dengan muka sedih. Mata nya bersinar melihat abah nya di hadapan.

" Nak jumpa abang Darish ye? " soal Tuan Mahmud.

Maryam menangguk laju. Dia merangkak naik ke kusyen lalu meraih tangan Tuan Mahmud. Di cium nya belakang tangan Tuan Mahmud berkali-kali.

" Tak payah nak bodek abah sana. Ingat cium ini abah bagi ke? "

Terhenti perbuatan Maryam. Mata nya kuyu terus. Putus harapan nya mahu berjumpa abang pujaan hati. Tak apa, dia masih ada seorang \harapan.

Tanpa kata, Maryam naik ke tingkat atas dengan laju nya. Bilik kedua bersebelahan bilik utama menjadi sasaran. Tanpa ketukan, dia masuk terus ke dalam. Susuk tubuh yang tengah belajar itu di dekati.

" Along sayang.. " panggil Maryam. Kedua tangan di letak kan kebelakang. Tubuh nya di gerakkan ke kiri dan kanan.

Malique berpaling. Berkerut kening nya melihat adik perempuan nya. Laju sahaja fikiran dia berfikir kalau gaya Maryam bertukar sebegitu. Pasti mahu berjumpa dengan abang Darish dia lah itu.

" Apa? "

Laju Maryam berlari ke arah abang nya. Riba abang nya di duduk. Kedua jari telunjuk di cantum. Bibir di muncung.

" Nak jumpa— "

" Tak boleh. "

" Alah! Adik belum habis cakap lagi. "

She's An BabyGirl : Cinta Masam Manis ✅Where stories live. Discover now