CMM 3

3.7K 295 93
                                    

" Ini balik sini lama ke? Atau kamu balik singgah je? " soal Tuan Mahmud.

" Terus duduk sini uncle. Dapat tawaran bertugas kat sini. Lagi pun tahun depan Umi kata diorang nak pindah sini sebab daddy dah selesaikan urusan dia dekat sana. " ujar Darish dengan melemparkan senyuman nya.

" Elok lah tu. Aunty kamu tu hari-hari merungut dengan uncle rindu dekat umi kamu katanya. Suruh telefon takut mengganggu. "

" Abang pun sama eh. Asyik bawa saya main golf. Bila tak nak mula lah cakap yang rindu dekat kawan dia tu. "

Balas Puan Mikasyah sambil membawa air minuman dan letakkan nya di atas meja bulat sebelum menjeling si suami.

Tertawa Darish melihat gelagat suami isteri di hadapan nya ini. Lagi-lagi dengan wajah cemberut Puan Mikasyah.

Maryam mencebik dibalik langsir. Matanya tajam melihat Darish yang berada diluar rumah. Kaki di hentak tidak suka sebelum berpaling.

" Amboi. Cemberut nya muka. Kenapa ini? Tak seronok ke along dah balik. " ujar Malique apabila melihat wajah cemberut adik kesayangannya itu.

" Along pun sama! Kenapa tak beritahu nak balik. Dah lah jarang call adik. Pulang mengejut bawa lagi orang dekat luar tu. "

" Aik marah along pula. Bukan adik suka ke kalau along bawa balik abang Darish? "

" Tak suka! Adik nak merajuk lah macam ini. "

" Asal pula nak merajuk. Bukan along ada buat salah kan? " ujar Malique. Pelik sungguh perangai adik dia ini.

" Sebab along pulang tak beritahu bawa orang luar tu. Lagi satu along tak bawakan Maryam hadiah. Ketiga, along jahat! "

Maryam berpeluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya. Mata nya tajam melihat along nya.

Malique tergelak sambil menggelengkan kepalanya sebelum mata tertancap pada susuk tubuh Darish di hadapan pintu. Darish menaikkan jari telunjuk nya dan rapatkan di bibir mengisyaratkan bahawa tidak memberitahu keberadaan nya.

" Ok along minta maaf ek. "

" Tak nak maafkan along. Along tahu tak abang Darish dah glow up!  Adik masih lagi dengan muka jeruk basi ni. "

" Siapa kata muka adik macam jeruk basi. Nak dibandingkan adik yang sekarang dengan adik yang dulu jauh beza tau. "

" So along nak cakap yang adik ni buruk lah? Macam tu? "

" Eh tak. Adik sekarang cantik. Tapi tak comel. Kalau adik berisi sikit mungkin comel kot. "

" Along! "

" Dah dah. " pujuk Malique. Tubuh Maryam di bawa ke dakapannya. Manja tak berempat. Susah nak urus Maryam ini kalau tak tahu cara dia.

" Dah. Bukan tadi nak tolong umi masak ke? " soal Malique.

" Masak apanya. Tengok lah mama dengan abah dekat lua— "

Terhenti percakapan Maryam tatkala tubuh nya menoleh kebelakang. Niat mahu menunjuk keberadaan mama nya namun terhenti tatkala melihat satu susuk tubuh yang amat di kenali nya.

Maryam berpusing balik. Wajah nya kembali cemberut melihat Malique. Tidak semena-mena satu cubitan mengena di perut along nya.

" Along tahu kan. Kenapa tak beritahu adik? " soal Maryam dengan tangan nya masih melekat di perut Malique.

" Lepas lah dulu! Sakit lah adik. "

" Takde takde. Along saja kan nak malukan adik. Hish! "

Maryam melepaskan cubitan. Dirinya di bawa ke tingkat atas. Setiap langkah nya akan menghasilkan bunyi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

She's An BabyGirl : Cinta Masam Manis ✅Where stories live. Discover now