PROLOGUE

63 6 2
                                    

Bibirnya mengukirkan senyuman sambil kepala didongakkan memandang langit malam yang dihiasi bintang dan cahaya bulan. Cantik. Dia merasakan malam ini paling cantik, tidak seperti malam sebelum ini yang dilaluinya.

Angin malam yang bertiup merangsang tangannya untuk berpeluh tubuh. Sejuk.

Tiba - tiba, dia terasa rambut panjangnya seperti disentuh sebelum diletakkan ke bahu kirinya. Bahunya terasa berat dan hembusan nafas seorang lelaki mengenai lehernya. Bukan itu sahaja, hidungnya menangkap bau maskulin yang betul - betul membuatnya terbuai. Tidak semena - mena, matanya tertutup, badanya automatik disandarkan ke tubuh 'dia'.

Nyaman. Selesa.

"Selesa sangat ke sampai tertidur?"

Lili Mikazuki namanya. Soalan itu, tidak Lili jawab sebaliknya menikmati bau maskulin lelaki itu. Lelaki itu tergelak.

"Soobin" panggilnya dan lelaki bernama Soobin itu berdehem sebagai balasan.

"Terima kasih untuk segalanya" ucapnya.

"Kenapa pula nak terima kasih?"

Lili pusing menghadap Soobin. Wajah kacak itu dipegang.

"Terima kasih sebab dah selamatkan saya dari ayah. Kalau awak takda, mesti saya dah kena jual dengan ayah. Saya terfikir juga apa nasib saya kalau kena jual" ujarnya. Sememangnya Lili sangat - sangat bersyukur kerana Soobin hadir tepat pada masanya tika itu.

Dia masih ingat kejadian malam itu. Ayahnya  yang dibawah pengaruh dadah memandu ke tempat yang dia tidak tahu melainkan ayahnya saja yang tahu. Dia sedaya udaya menahan air mata daripada tumpah, takut jika ayahnya memukul lagi. Yang dia pasti, ayahnya mahu menjual dia pada seseorang yang tidak dikenalinya.

"Dah la, benda dah lepas. Kau pun dah selamat terutama dengan aku" kata - kata Soobin sekali lagi membuat Lili tersenyum. Bahagia. Itu yang mampu dia ungkapkan sejak Soobin muncul.

"Awak nak tahu sesuatu tak?"

"Apa dia? Bagitahu cepat" arah Soobin seperti gaya seorang ketua.

"Tapi saya takut awak marah rasa janggal pula kalau saya cakap"

Sebuah keluhan kecil keluar dari mulut Soobin. Satu sikap Lili yang dia tidak suka ialah, tidak yakin. Sejak dia bekerja dengan Jimin dan Yoongi, mereka berdua menekankan keyakinan diri dalam setiap perbuatan, percakapan dan keputusan.

Jadi, dia agak frust kalau Lili tidak yakin dengannya.

"Kau sendiri tahu kan yang-

"Ok ok saya cakap. Erm sebenarnya saya cintakan awak" ucap Lili senafas. Lega dia rasa. Tapi, tiada sebarang reaksi dari Soobin dan itu membuatkan dia agak Malu dan kekok. Soobin hanya memandangnya tanpa perasaan.

Perlahan - lahan Lili jauhkan diri sambil bibirnya cuba mengukirkan senyuman.

"Takpe la. Saya masuk tidur dulu. Selamat malam awak" ujarnya lalu berura - ura untuk pergi.

Selimut ditarik menutupi tubuhnya. Sejuk. Mata dipejam. Dalam hati, tidak habis - habis memaki dirinya kerana pandai - pandai meluahkan rasa cintanya pada Soobin yang terang - terang seorang lelaki.

Terasa bahagian sebelah tilam tenggelam seperti diduduki seseorang. Entah kenapa, tiba - tiba jantungnya berdegup laju.

Dapat Lili rasakan, tangan Soobin memeluk bahagian pinggangnya manakala bibir lelaki itu mencium bahunya yang terdedah.

"Aku cintakan kau juga. Tolong jangan pergi dari aku ya"

Kata - kata itu, berjaya mengukirkan senyuman seorang gadis bernama Lili Mikazuki yang berasal dari Jepun itu.

How??

SAVE ME [ CHOI SOOBIN ] Where stories live. Discover now