-Chapter 1-

1.8K 89 24
                                    

Aryana bersiap untuk ke tempat kerjanya. Dia bekerja di kedai bunga Juwita merangkap bossnya. Dia memakai blouse dan berseluar jean dan rambut diikat. Dia mengambil beg tangannya kemudian menuju ke tingkat bawah rumah teres 2 tingkat itu.

"Ha turun pon kau yana. Cepat la makan, aku dah siapkan breakfast dah. Nanti lambat pulak nak pergi kerja". Kata si empunya suara.

"Wahhh terima kasih babe. Ni yang aku sayang kau lebih ni erin." Aryana berkata ceria sambil memeluk erat sahabatnya itu.

Erin hanya menggelengkan kepalanya dengan gelagat housematenya yang macam tak pernah nampak makanan itu.

" Kak ita cakap kitorang kene gubah bunga untuk persiapan majlis syarikat tempat kau kerja tu nanti . So, maybe aku balik lambat sikit malam ni . Jangan tunggu aku tau." Kata aryana setelah duduk berhadapan dengan erin di meja makan.

"Ohhhh ok tapi nanti kau balik naik apa yana ? Biar je la aku tunggu kau habis kerja. Kerja kat office aku tu tak banyak sangat so takde  nye kerja over time . Bahaya la kalau kau balik seorang ". Erin bernada risau sambil menyuap roti ke dalam mulut.

"Eh tak pe. Insyaallah selamat. Aku tak nak la kau tertunggu-tunggu. Lagipon nanti aku mintak je la tolong dengan kak ita ke eliz ke untuk hantarkan aku ok. So, jangan risau sangat. Kau doa je yang baik-baik"

"Hmm ye la kalau kau dah cakap macam tu. Aku ikut je tapi janji kau kena balik dalam keadaan selamat ok" Erin menghulurkan jari kelingking nya tanda berjanji.

Dia bukannya ape . Dia takut kalau ape-ape jadi . Aryana hanyalah gadis lemah lembut dan rupawan. Jadi sudah tentulah ramai lelaki yang ingin mengganggu dan memilikinya terutama nya 'si dia'. Sudah lama dia tidak mendengar tentang si dia daripada aryana setelah mereka pindah ke sini. Aryana juga sudah tidak diganggu lagi oleh si dia yang seorang pyscho dan mampu melakukan apa sahaja jika inginkan sesuatu termasuk lah Aryana Airish.

Sejak dahulu lagi mereka berkawan baik bermula di bangku sekolah menengah. Jadi semua cerita mereka kongsikan bersama termasuk la cerita tentang kisah hidup aryana yang kehilangan ibu bapa pada umur 15 tahun dan tentang si dia.

Sejak peristiwa ibu bapanya meninggal dunia, aryana telah dijaga oleh neneknya di kampung kemudian berhijrah ke kota untuk menampung kebajikan mereka kerana di kampung pendapatan nya rendah. Jadi setiap bulan mesti aryana akan menghantar duit kepada nenek nya disamping melawat nenek nya.

"Ha weyh jom la gerak takut lambat . Karang kak ita luku kepala aku kang."

"HAHAHA biar la dia luku kepala kau. Biar dia betulkan sikit suis otak kau yang mereng tu"

************************************

Setelah aryana melihat pemergian kereta rakannya itu. Barulah dia masuk ke kedai .

"Assalamualaikum kak ita. Buat apa tuu"

"Eh waalaikumsalam yana. Tengah jemur baju ni. Ha baru sampai. Lama akak tunggu". Balas kak ita yang tengah menyusun pasu bunga di bilik stor.

"Hahaha jemur baju guna pasu ke. Haah. Baru je sampai. Kenapa akak tunggu. ohh rindu la tu."aryana tersengih sumbing.

"Ha sudah-sudah pergi buat kerja. Malam ni jangan balik awal pulak. Kita kene siapkan cepat penghantaran bunga tu. Datin tak suka lambat-lambat. Banyak tau. Alhamdulillah rezeki kita."

I'M YOURS ! Where stories live. Discover now