Aryana dan rakan-rakan sekerjanya tekun menyusun gubahan bunga sempena majlis pelancaran itu di dewan syarikat tersebut. Mereka juga dialu-alukan oleh datin rose untuk menyertai majlis tersebut.
Selesai menyiapkan tugasan masing-masing mereka menuju ke meja khas bagi tempat pekerja. Aryana berpakaian santai. Hanya blouse labuh dan berseluar jeans. Rambut yang beralun diikat bagi memudahkan kerjanya.
Mereka menjamu makanan dengan berselera sekali.
"Terima kasih kepada para hadirin yang hadir,seperti yang anda ketahui bahawa saya akan bersara tidak lama lagi. Majlis ini adalah sempena pelantikan anak saya sebagai pengganti saya di syarikat ini. Harap semua dapat menerima nya dengan baik dan saling bekerjasama.Di jemput anak saya, Tengku Rayyan Zackry untuk naik ke pentas sempena pelancaran majlis". Dato' Rafael dengan bangga memperkenalkan anaknya dan tepukan gemuruh memenuhi ruang dewan itu.
'HA ! tak kan la...bukan dia...bukan'
aryana sedaya upaya tidak melihat ke arah pentas smbil menunduk."Yanaa...". Aryana menoleh ke arah erin apabila dipanggil.Erin juga dijemput ke majlis itu kerana dia bekerja sebagai PA dato' rafael. Jadi tidak hairan la jika dia turut serta.
Jantung aryana berdegup laju apabila melihat riak wajah erin ke arahnya. Nampaknya jangkaannya btol.
"Erin, aku nak pergi tandas kejap". Lalu dia berlalu pergi ke tandas yang berada di belakang dewan.
'Kenapa awak muncul balik dalam hidup saya rayyan'. Monolog nya sambil memandang cermin di tandas sambil meletakkan tangannya di dinding singki.
'Saya masih sayangkan awak tapi saya kecewa dengan awak'. Tanpa sedar air matanya mengalir sambil mengingati kenangan bersama tengku rayyan dahulu.
Dia mengelap air matanya kemudian membasuh mukanya agar tidak kelihatan sembap. Nasibnya baik tiada sesiapa dalam tandas itu.
Sedang dia berjalan keluar, tiba-tiba tangannya ditarik kuat oleh seseorang dan badannya disandarkan ke dinding tepi tandas itu membuatkannya tersentak dan terkejut melihat gerangan di hadapannya.
"We meet again baby girl". Tengku Rayyan menatap wajah yang dirinduinya selama ini. Tangannya membelai pipi mulus itu.Manakala tangan kanannya ditekapkan pada dinding. Dia dapat merasai kehangatan wajah itu.
Sejak dia tiba lagi dia dapat melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya.Dia tertanya-tanya apa yang aryana lakukan di sini tetapi dia tidak pedulikan semua itu kerana bidadarinya sudah ada di depan mata.
Aryana hanya terdiam kaku dan menatap mata milik lelaki itu. Dia juga amat merindu tengku rayyan tetapi dia takut untuk kembali dalam hidup lelaki itu.
"Sayang pergi mana selama ni. Merata aku cari kau sayang tapi takpe sekarang kau akan jadi milik aku kembali. Aku tak kan lepaskan kau lagi". Tengku Rayyan tersengih sinis melihat wajah ketakutan aryana.
"Tolong lepaskan saya awak. Kita dah takde apa-apa. Saya takkan jadi milik awak. Awak pergi dekat perempuan lain yang jauh lebih baik dari saya". Aryana memandang tepat wajah tengku rayyan.Dia menolak lelaki itu agar menjauh daripadanya.
"Hei ! Kau dengar sini eh. Kau tu milik aku sampai bila-bila. Aku tak kan lepaskan kau sampai mati. Kau hanya dapat berdamping dengan aku je. Tak kan ada lelaki lain yang boleh kawin dengan kau kecuali aku"
YOU ARE READING
I'M YOURS !
רומנטיקה"Walau selangkah kau menjauh , Beribu langkah ku dekati ." ************************************ "Aku tak kan lepaskan kau lagi sebab kau milik aku sampai hari kau mati"-Tengku Rayyan "Tolong awak lepaskan saya. Saya tak nak duduk sini l...