Aryana menyusun bunga-bunga di belakang stor.Sedang dia tekun membuat kerja,eliz memanggil nya.
"Weyh yana. Ada orang nak jumpa dengan kau dekat luar"
"Ha ! siapa ?"
Berkerut dahi aryana."Entah. Aku tak kenal dia tapi orang nya hensem gila tapi tu la muka ketat je aku tengok bila cakap dengan aku yang dia nak jumpa kau"
Aryana berjalan keluar dengan teryanya-tanya. Dia melihat seorang lelaki membelakangi nya di hadapan kaunter.
"Encik ?"
Lelaki itu menoleh ke arah nya sambil tersenyum manis.
"Hei sweetie"
Jelas aryana amat terkejut melihatnya.Dia cuba mengawal riak wajahnya.
"Ye encik. Ada apa boleh saya bantu"
"Kau tak payah nak formal sangat. Aku datang sini nak ajak kau keluar"
"Eh,apa masalah awak ni ha?
saya kan tengah kerja sekarang lagi satu kenapa saya kena ikut cakap awak? Awak tu bukan sesiapa""Eh ! kau dengar sini eh . Kau tu hak aku jadi kau kena ikut cakap aku".Setelah itu tengku rayyan menarik pergelangan aryana dengan kasar keluar dari kedai itu menuju ke kereta.
Aryana meronta untuk dilepaskan dan cuba merungkaikan pegangan tersebut.Dia pasti pergelangannya akan memerah.
"Sakit la rayyan ! Awak nak buat apa ni?"
Tengku Rayyan menolak badan aryana memasuki kereta mahal nya dengan kasar. Dia memakai kan seatbelt kepada aryana yang terkejut itu kerana kedudukan mereka yang sangat rapat.
"Kalau kau bukak siap kau aku kerjakan. Try me". Katanya tegas dan berlalu ke bahagian pemandu.
Aryana hanya mendiamkan diri sejak kereta bergerak ke destinasi yang tidak diketahuinya.Dia amat takut sekarang ni. Dia tidak tahu apa yang tengku rayyan fikirkan.
Dia memandang ke luar tinkap apabila kereta berhenti. Dia mendapati bahawa terdapat sebuah restoran yang sangat exclusive di hadapannya.
"Kenapa awak bawak saya pergi sini. Saya tak ada duit. Saya nak balik"
Tetapi soalannya diabaikan oleh tengku rayyan . Lelaki itu keluar dari kereta dan menuju ke bahagian penumpang dan membuka kan pintu untuk aryana.
"Turun!"
Aryana yang mendengar suara yang tegas itu hanya menurut kata. Dia tak nak berlaku sebarang kekecohan.
Tengku Rayyan menyulamkan tangan mereka erat sambil menuju ke dalam restoran.Tengku Rayyan mendudukkan aryana bersebelahan dengannya setelah memilih tempat yang jauh daripada orang ramai. Aryana duduk di bahagian tepi dinding. Dia ibarat di kepung oleh tengku rayyan.
Tengku Rayyan memesan makanan untuk mereka menjamu selera. Setelah pelayan beredar, dia menoleh ke arah aryana yang diam sedari tadi. Mungkin takut akan dirinya.
Dia sengaja merapatkan dirinya kepada aryana. Dia ingin melihat riak gadis polos itu.
"Eh. Apa awak nak buat ni". Aryana merapatkan dirinya ke dinding walaupun kedudukan mereka kian rapat.
YOU ARE READING
I'M YOURS !
Romance"Walau selangkah kau menjauh , Beribu langkah ku dekati ." ************************************ "Aku tak kan lepaskan kau lagi sebab kau milik aku sampai hari kau mati"-Tengku Rayyan "Tolong awak lepaskan saya. Saya tak nak duduk sini l...