Mereka menjamu selera di meja makan yang besar itu.
"Mana suami dengan anak-anak mama?"tanye aryana sambil menyuap makanan ke dalam mulut nya.
"Ohh diorang kerja dekat office. Syarikat papa sendiri. Nanti bila papa bersara senang sikit sebab rayyan dengan razin akan ambil alih syarikat tu"
'Ha rayyan. Ish tak kan la dia. Entah-entah orang lain . Nama je sama. Harap-harap la bukan dia'. Monolog aryana dalam hati dengan jantung yang laju.
"Ohh bagus la kalau macam tu". Aryana cuba menutup kegelisahan hatinya. Dia tak nak datin rose bertanya kepadanya macam-macam terutama nya kisah silamnya.
************************************
Tengku Rayyan merenung ke luar jendela daripada bilik nya di syarikat.Masih dia ingat lagi tentang buah hatinya yang telah pergi meninggalkannya 2 tahun lepas kerana sebuah peristiwa. Sejak itu, dia tidak menjumpai gadis nya lagi kerana gadisnya telah berpindah rumah dan kolej tempat mereka belajar. Dia juga ada menyuruh penyiasat peribadinya mencari gadis itu tetapi tidak berjaya. Dia hanya berharap yang mereka akan berjumpa dan dia tidak akan melepaskannya lagi.
FLASHBACK
"Saya tak nak ade apa-apa lagi dengan awak rayyan. Cukup la sampai sini . Saya harap awak dapat maafkan saya dan saya akan cuba maafkan dan lupakan awak. Awak boleh pergi dan bahagiakan perempuan tu".
Setelah melemparkan gambar yang memalukan dan mengungkapkn kata-kata itu, aryana lekas berlalu pergi dengan hati yang rapuh. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan daripada rayyan buat masa sekarang.
Tidak disangka kekasihnya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu dengan perempuan yang selalu menghinanya dan merendahkannya kerana berdamping dengan Tengku Rayyan. Dia sedar dia tidak kaya walaupun dia mempunya rupa paras yang jelita.
"Sayangggg , ni bukan macam yang kau sangkakan . Aku tak buat semua tu . Aku kena perangkap . Kau tau kan perempuan tu memang nak kita berpisah. Aku tak pernah pandang dia. Pleasee don't leave me. I need you" . Rayyan mengejar aryana yang berlalu dan menggapai tangan kekasihnya. Dia berkata dengan nada yang lirih dan pilu apabila kekasihnya tidak mempercayainya.
Dia dapat melihat mata bundar aryana berair dan jatuh ke pipi mulus itu.
Dia cuba mengesat air mata itu tetapi dirinya ditolak oleh aryana agar menjauh."Pergii Rayyan !! saya tak nak awak dekat denga saya . Awak jijik . Saya benci awak!" hambur aryana dengan nada kesal tetapi tidak terlalu kuat kerana dia cuba mengawal suaranya daripada didengar oleh orang ramai di taman itu. Tetapi ada jugak yang memandang mereka dengan tertanya-tanya.
"Kau jangan buat aku marah aryana . Kau tau kan apa aku boleh buat kalau sisi gelap aku datang. Kau nak aku buat apa untuk kau percaya dan maafkan aku". Tegas rayyan berkata sambil memegang erat tangan kekasihnya.
"Baik. Saya akan maafkan awak kalau awak lepaskan saya dan jangan jumpa saya lgi". Aryana cuba merungkaikan tangan nya yang perit digenggam oleh rayyan dan setelah berjaya dilepaskan, dengan cepat dia berlari ke arah kereta rakannya,erin.
Dia menghamburkan tangisan nya di dalam kereta. Erin memberi ruang kepada rakan nya kerana dia tau perasaan apabila melihat gambar kekasih hati dengan perempuan lain dalam hubungan yang agak intim.
YOU ARE READING
I'M YOURS !
Romance"Walau selangkah kau menjauh , Beribu langkah ku dekati ." ************************************ "Aku tak kan lepaskan kau lagi sebab kau milik aku sampai hari kau mati"-Tengku Rayyan "Tolong awak lepaskan saya. Saya tak nak duduk sini l...