1

22 2 0
                                    

 Hessa mengemaskan tudung separa labuh putih yang dipakainya. Awning tudungnya yang sedikit basah kesan air wuduk ditiup sedikit agar elok terletak. Bibirnya menguntum senyum apabila tudungnya memberikan kerjasama yang baik pada hari itu. 

Sesekali jam dinding surau sekolah yang tergantung dipandang,takut dia sudah terlambat untuk ke kelas tambahan PSI (Pendidikan Syariah Islamiah) maklumlah mereka akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Imbasan Izzah di cermin dipandang seketika.

"Izzah kau lama lagi ke?"

Aju Hessa kepada Izzah, rakan sekelasnya. sambil itu, kakinya perlahan menuju ke arah tempat letak kasut untuk jemaah perempuan. 

"Tak menyabo kau eh. Sabarlah, ustazah masuk lambat punya. Kau jangan risau la"

kata Izzah yang baru bangun dari sejadahnya. Tangan ligat melipat kain telekung sebelum disimpan kembali ke dalam beg sandang hitamnya.

Muka Hessa yang cemberut menunggu di luar surau dipandang usai membetulkan lipatan tudungnya.

Melihat Izzah yang sudah hampir, segera Hessa menghulurkan kasut Izzah yang diletakkan di sebelahnya. Lagaknya seperti terkejar-kejar benar untuk ke kelas PSI.

"Cepat Zah aku tanak lambat lagi. Asik aku je yang kena mention lambat."

"Ya, ya sabarlah kejap. Kau macam cacing kepanasan kenapa? Kau pergilah dulu.

Aku baru teringat aku kena pergi bilik kaunseling jap jumpa Madam." Izzah menepuk dahinya perlahan. Lupa benar tentang hal itu.

Hessa membulatkan matanya. Masya Allah kecil besar kecil besar je aku tengok kau ni Izzah. kan senang klu bagitahu aku dari tadi, omel Hessa di dalam hati.

"Lah, kenapa tak cakap dari tadi zah"

Hessa memuncungkan bibir. Tangannya memukul sedikit bahu Izzah yang sedang terbongkok-bongkok memakai kasut. Izzah ketawa kecil melihat reaksi Hessa.

" Haha sorryla, nanti aku belanja kau buah depan sekolah tu,ok?"

"Yalah, aku nk dua bungkus"

"Boleh"

Melihatkan Hessa yang  ketawa kecil, Izzah turut tertawa.

"Ok klu macamtu aku pergi dulu la ya."

Hessa segera mengajukan langkah ke lokasi kelasnya. Hessa mengerutkan mukanya apabila cahaya matahari yang masik terik itu menyapa mukanya. 

Pwetttt!

Setibanya di suatu kelas, telinga Hessa menangkap bunyi-bunyi gatal yang datang dari tingkap kelas tersebut. Kepalanya ditolehkan sedikit untuk melihat.

Buat seketika mata coklat gelap milik Hessa bertemu dengan sepasang mata hitam yang asyik memandangnya dari dalam kelas.

"Bukan kelas dia balik awal ke?"

Bisik Hessa perlahan. Matanya segera dilarikan menghadap ke hadapan, mau segera melepasi kelas 5L yang hanya selang sekelas sahaja dengan kelasnya 5A.

Mula terbit rasa kesal dihati Hessa kerana melalui jalan itu. Dia sungguh lupa perihal kelas yang dianggap berhantu olehnya dan rakan-rakan kelasnya yang lain akibat terkejar untuk masuk ke kelas.

   Ini bukan kali pertama dia diganggu seperti ini setiap kali melalui kelas 5L.  Kelas 5L yang berhampiran dengan tandas perempuan juga menyukarkan rakan perempuan sekelasnya untuk ke tandas.

Bukan dia tidak perasan setiap kali keluar dari tandas, berpasang-pasang mata memerhatikan mereka. Sengaja dia tidak memandang mereka setiap kali pulang dari tandas kerana, Oh sungguh tidak aman ya untuk pergi membuang!

Pwettt! 

Kali ini kedengaran pula suara-suara bergelak ketawa dari dalam kelas tersebut. Hessa mengunci mulut, tak berniat langsung untuk membalas bunyi-bunyi yang menyakitkan telinganya. 

usai sampai dihadapan kelas, Hessa melihat takut-takut kedalam. setelah memastikan Ustazah Rohaya belum sampai, nafasnya dihembus lega.  Tempat duduknya dituju. Aria dan Syara yang sibuk mengulangkaji ditegur.

"kau orang dah makan belum" tanya Hessa sambil tangannya sibuk mengeluarkan buku-buku yang ingin digunakan ke atas meja.

" Dah tadi. Izzah mana?" Tanya Aria yang mula memandang Hessa menyusun buku. Syara pula hanya mengangguk kecil.

"Dia pergi jumpa Madam"

"Ooo-" setelah itu Aria mula menumpukan perhatian semula kepada kertasnya. Nampak bersungguh benar. Kertas Aria diintai sedikit, lah buat Addmath. Patut muka stress semacam.

"Bangunnn..!" suara Haikal,selaku ketua kelas memecah kesunyian. Serentak itu, semua pelajar 5A bangun memberi salam kepada Ustazah Rohaya.

kelas PSI pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun hari sudah menunjukkan pukul 2 petang.

__________________________

"Oke baiklah, sampai di sini sahaja awak semua boleh pulang."

"Wahhhhh!  Naik jammed otak aku weh" adu Aria kepada Hessa sambil mereka beiringan keluar dari kelas.

"Kau tiap waktu jammed" Hessa membalas sambil ketawa kecil. Muka kepenatan Aria dipandang sekilas. Teruk benar tudungnya, senget benget. Hessa ketawa lagi melihat keadaan tak semengah Aria.

Sampai di laluan yang kebiasaan mereka gunakan untuk balik, mata Hessa melilau di laluan itu, berharap budak ii kelas yg berada di sebelahnya sudah pulang.

Setelah mendengar bunyi bising dari arah kelas tersebut, mengertilah Hessa bahawa mereka masih belum pulang. Segera tangan Aria ditarik agar mereka melajukan langkah.

Baru kira -kira 10 langkah mereka berjalan, tiba-tiba

"Weh Hessa, kau jangan pandang belakang, budak-budak 5Luhur ada kat belakang" muka kalut Aria memberitahu.

"Ah,sudah-"

__________

P/s sampai chap 3 sahaja kat sekolah ya guys. Stay tuned

HESSAWhere stories live. Discover now