Assalamualaikum
Menemui sahabat keciku Chempaka, yang kini berada di Vancouver, Kanada, semoga Chempaka berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Tujuan Umar menulis surat ini adalah untuk kongsikan sebuah cerita kepada Chempaka . Umar pernah beritahu kepada Chempaka dalam surat yang lepas, Umar masih belum bersedia untuk buat pilihan tentang arah tuju umar, Terlalu banyak papan tanda di atas muka bumi ini sehingga mengelirukan manusia untuk menentukan arah tuju mereka. Oleh kerana Umar masih buntu membuat pilihan. Umar pulang ke kampung melawat Ibu dan Ayah sambil mencari ketenangan jiwa.
Chempaka masih ingat tempat kita selalu luangkan masa bersama selepas waktu sekolah. Titi tasik manggis. Sudah lama rasanya kita tidak luangkan masa bersama di titi itu. Ketika di kampung Umar ambil kesempatan waktu untuk luangkan masa di tasik manggis. Untuk pengetahuan Chempaka, titi tasik itu masih utuh dan suasana tasik itu masih seperti dulu.
Air tasik manggis masih kekal biru, kawasan sekeliling masih terjaga. Pokok-pokok di hadapan tasik juga masih mekar menghijau dan pemandangan Gunung yang indah. Sama seperti dulu. Isi surat Umar pada kali ini adalah berkisar kepada cerita tentang pengalaman orang-orang yang datang ke titi manggis. Mereka Cuma manusia biasa tetapi banyak kisah mereka yang boleh dijadikan pengajaran.
Kisahnya bermula dengan. . .

YOU ARE READING
Cerpen: YangBenar. Umar
Short StoryUmar. This young man is just a university graduate. He is not a storyteller. He just wants to hear a story. The people who came to him had a thousand stories.