"eh cu, tak panas ke baring situ. HAHAHAHA." sapa seorang lelaki tua berkerusi roda. ada pemuda yang menolak kerusi roda, mungkin anak dia. "kenapa baring panas-panas macam ni. HAHAHA. ada masalah ke" soal lelaki tua itu.
"saya okay, saja baring-baring ingat zaman kecil-kecil dulu, selalu sini lah tempat saya lepak." kata umar. lelaki tua itu ketawa kecil mendengar kata-kata umar. "tok pun dulu selalu lepak sini dengan isteri tok, sebelum kahwin." kata lelaki tua itu. "oh ye, atok orang sini ke, kenapa saya tak pernah nampak" kata umar. "atok, saya pergi beli air soya dulu ye, abang saya tingalkan kejap atok saya." kata pemuda itu kepada. Umar hanya menganguk dengan senyuman.
"siapa nama kamu?" soalnya. "Umar" jawab umar ringkas. "nama atok salim. pangil saja tok, tok bukan orang sini, dulu lepas ayah tok meninggal, tok ambil keputusan berhijrah dekat sini, lama dulu dah. tok jadi cikgu." kata salim. "ayah saya cakap tasik ni dulu meriah, ada orang jual air soya, goreng pisang, tau foo fah" soal umar. "ye, masa tok ambil keputusan nak berhijrah, tok berat hati, tapi bila datang sini meriah sangat. sampai takmau balik" kata salim.
~~~~-------------/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\---------------~~~~
kampung cahaya - 1971
Salim berbaju melayu berdiri di jendela menikmati keindahan malam pemberian yang maha kuasa. Suasana malam disambut mesra bunyi kicauan burung-burung terbang disana sini. Ditengah laman rumah ada kerusi panjang dibawah pohon manga. Hembusan angin membawa terbang daun-daunan berselerak di tanah. Salim merenung kerusi panjang itu membanyangi sosok tubuh bapanya, Salleh yang telah tiada.
Zahara masuk ke ruang tamu membawa secawan kopi untuk anaknya. Jelas diwajah Zahara sedang sedih dan khuwatir melihat anaknya termenung seorang diri merenung ke luar jendela. Lama Salim termenung membayangi kenangan silam sehingga tidak sedar Ibunya menghampirinya. Zahara meletakan secawan kopi di atas meja kayu.
"Salim, mari minum kopi, sudahlah memikirkan kenangan lama. Jangan dibiar kesedihan itu terus selimuti hati kamu. Nanti kamu sakit Ibu juga risau." Nasihat Zahara kepada anaknya.
Salim menutup jendela lalu pergi duduk di sofa panjang. Cawan kopi diambil dihirupnya sedikit-sedikit air kopi yang masih panas. Cawan kopi diletakan semula di atas meja. Salim memandang Ibunya sambil memberi senyuman walaupun disebalik dirinya masih berduka.
"Salim rasa baiklah salim merantau setahun dua, Ibu, Salim tidak mahu selama tinggal di sini terlalu banyak kenangan bersama Abi yang susah untuk dilupakan. Sekurang-kurangnya salim bisa temui jalan hidup yang baru bila sampai di sana, teman saya, Li Qiang juga bekerja disana, ada juga teman untuk Salim berhibur. "
Zahara berat membiarkan anak sulungnya merantau ke tempat orang. Zahara berharap selepas bekas suaminya meninggal dunia ada ruang untuknya memulihkan kembali hubungan yang telah lama terpisah.
"Ibu, kenapa termenung, janganlah risau keadaan Salim disana. Semuanya pasti baik-baik saja. nanti cuti sekolah seminggu dua Salim baliklah melawat Ibu." Kata salim kepada Zahara.
"Salim, kamu pasti dengan keputusan yang kamu buat. Di sini juga banyak sekolah kamu boleh mengajar. Kamu boleh tinggal di sana bersama Ibu. "
"Pakcik Zainal kan tidak suka dengan Salim, mahukah dia menerima Salim tinggal bersama Ibu. Selama Ibu berkahwin dengan dia sekali pun tidak pernah dia mengangap Salim ini anak tirinya. Asal kita berjumpa saja pasti ada yang tidak kena. Yusuf mahu rapat dengan saya pun dia halang inikan pula mahu tinggal sebumbung. Salim tidak mahu timbul masalah di kemudian hari. Ibu restu saya pergi ya" Kata salim kepada Zahara.
Zahara duduk di samping Salim, dia memeluk salim dengan erat bagi merestui anaknya merantau untuk mencari seri kebahagian yang sudah lama hilang dalam dirinya sejak Zahara dan Salleh berpisah lima belas tahun dahulu. Zahara tersenyum menganguk-anguk.
YOU ARE READING
Cerpen: YangBenar. Umar
Historia CortaUmar. This young man is just a university graduate. He is not a storyteller. He just wants to hear a story. The people who came to him had a thousand stories.