BAB 1- Nadhif Ramdan

7 3 0
                                    


Ketika itu mentari baru mengisi langit dan tasik ini masih diselimut kabus. Umar baring di atas titi sambil menikmati nyanyian Burung di Tepi tasik dan Suara air mengalir dengan pemandangan Gunung manggis yang menakjubkan. Ketika Sedang enak dibuai khayalan umar dikejutkan bunyi tapak kasut yang sedang berjalan ke arah umar.

Umar melihat pemuda itu berdiri di sebelahnya sambil memberi senyuman. "assalamualaikum" sapa pemuda itu kepada Umar. "waalaikumsalam" Umar banggun dan duduk bersila. Pemuda itu duduk di sebelah Umar "saya Nadhif Ramdan, panggil Nadhif. Hmm abang?" tanya Nadhif. "abang, oh Umar, panggil Umar je. Cool sikit kan." Kata Umar. "okay Umar, sebelum ni saya tak pernah nampak pun abang, maksud saya Umar dekat sini. Orang baru ke? Tanya Nadhif.

Umar tersenyum. "Umar orang sini, baru balik Malaysia. Mungkin masa Umar keluar dari kampung ni Nadhif masih kecil. Oh ya Nadhif buat apa dekat sini pagi-pagi. Dengan kemeja putih, tali leher hitam, kemas-kemas macam ni memang nak lepak dekat tasik ke?" Umar berseloroh. Nadhif juga membalas dengan ketawa kecil "Nadhif masuk politeknik, hari ni daftar" kata Nadhif. "oh ya, bagus tu, tapi kenapa tak bertolak lagi. Nanti sampai lambat tak boleh daftar" kata Umar.

Nadhif memasukkan tangan ke dalam poket seluar, mengambil sepucuk surat yang dilipat empat segi. Nadhif memunjukan surat itu kepada Umar "saya tak pasti dengan pilihan yang saya buat. Dengan kisah silam saya, dapat ke saya sesuaikan diri dengan tempat baru." Kata Nadhif. Umar menarik nafas sebelum membalas kata-kata Nadhif "apa yang membuatkan kamu susah untuk buat pilihan. Kisah silam? Apa yang jadi?" tanya Umar. "dulu waktu saya tingkatan 1, awalnya semuanya baik. Tapi bila lama-lama semua berubah" kata Nadhif.

                                              ~~~~-------------/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\---------------~~~~

"eh. Nadhif ni surat cinta untuk kau, hebat juga kau ni, masuk harini aku rasa dah 300 surat cinta kau dapat. Tapi aku pelik lah apesal satu pun kau tak balas." Tanya Daffa, rakan kelas Nadhif. Nadhif mengambil surat itu lalu mengoyak. "semua surat ni bagi masalah untuk aku, aku datang sini untuk belajar bukan melayan semua surat-surat bodoh ni." Marah Nadhif. Nadhif mengambil bag dan beredar keluar ke kelas.

Tindakan Nadhif itu membuatkan semua orang terkejut termasuk Daffa. Selama ini Nadhif seorang yang pendiam. Tapi lama kelamaan tingkah lakunya mula bertukar menjadi seorang yang pemarah. Nadhif seorang pelajar yang kacak, dan manis dengan senyuman. Semua pelajar wanita mendambakan Nadhif untuk menjadi kekasih mereka. Setiap hari Nadhif menerima surat cinta tapi tiada satu pun dibalasnya. Sehinggalah dia sudah mula rasa rimas dengan keadaan sekeliling.

Nadhif mula rasa marah setiap kali dia menerima surat. Jika ada pelajar perempuan yang cuba mendekatinya dia akan mula bertindak agresif dengan melontarkan kata-kata kesat. Apa yang dilihat oleh pelajar yang lain Cuma perkara biasa. Tapi apa yang dirasai oleh Nadhif, dia mula rasa jauh dengan dirinya yang dulu.

Perkara ini berlaku sehinggalah Nadhif berada di tingkatan 2. Suatu hari, Nadhif datang ke sekolah awal pagi untuk aktiviti kokurikulum. Pelajar lain masih belum tiba. Nadhif duduk di tepi padang sambil membaca novel. sewaktu Nadhif sedang khusyuk membaca, tiba-tiba ada tiga pelajar perempuan yang datang memeluknya dari belakang, mereka cuba berkelakuan tidak senonoh dengan Nadhif. Nadhif mula rasa panik dan sedaya upaya cuba untuk lepaskan dirinya. Nadhif menolak dua pelajar perempuan rebah, Nadhif terus berlari keluar dari kawasan sekolah.

Daffa yang baru tiba terkejut melihat Nadhif yang tergesa-gesa berlari. Daffa cuba mendapatkan Nadhif, tapi Nadhif sudah jauh. Hari berikutnya waktu persekolah seperti biasa, tapi tidak bagi Nadhif. Dia merasakan sekolah ini bukan tempat yang selamat baginya. Entah mengapa Nadhif mula rasa panik bila berada di kawasan sekolah. Nadhif merasakan semua pelajar perempuan seperti penjenayah yang bila-bila masa sahaja boleh membunuh dia.

Cerpen:  YangBenar. UmarWhere stories live. Discover now