chempaka,
bergitulah cerita yang disampaikan oleh mereka. daripada cerita mereka umar dapat merasai penghargaan dan keikhlasan dari jiwa yang mereka berikan pada setiap hubungan mereka. hubungan yang tidak dapat dibeli oleh nilai ringgit, ia hanya ternilai dengan jiwa yang ikhlas memiliki.
chempaka,
umar sudah membuat keputusan untuk menetap di kampung manggis berbakti pada anak-anak kampung ini. sama seperti apa yang cikgu-cikgu kita lakukan seperti apa yang kita ada sekarang. umar berharap dapat kongsikan ilmu mengunakan teknologi semasa dengan anak-anak di kampung ini. suatu hari nanti anak-anak ini juga akan berhijrah seperti kita, umar mahu menjadi salah seorang yang mengubah kehidupan mereka.
Sebenarnya banyak lagi cerita yang umar ingin kongsikan. Jikalau ada peluang dan kesempatan, akan umar ceritakan lagi kisah-kisah menarik yang terjadi di kampung ini. Umar ucapkan semoga chempaka berjaya di tahun akhir. tidak sabar rasanya menanti kepulangan chempaka.
Setakat ini sahaja yang sempat umar tuliskan buat chempaka. Akhir kalam, sambutlah salam mesra daripada umar dan sekeluarga.
Yang Benar,
Umar

YOU ARE READING
Cerpen: YangBenar. Umar
Short StoryUmar. This young man is just a university graduate. He is not a storyteller. He just wants to hear a story. The people who came to him had a thousand stories.