Kehidupan sebagai hamba tidak lah begitu berat. Hanya perlu berdiri di sebelah Tuan dan menundukkan kepala apabila mereka mereka berbicara. Kesalahan yang dilakukan oleh manusia boleh mendatangkan kemarahan tapi aku. Aku selalu mendapat peluang dari Tuan aku. Mungkin aku boleh katakan aku bertuah kerana mendapat Tuan yang baik. Vampire berkuasa kepada Manusia kerana menganggap mereka lemah namun mereka harus akui tanpa manusia Vampire bukan siapa-siapa. Darah adalah makanan utama para Vampire samaada manusia hendak memberi dengan rela atau dipaksa itu adalah pilihan. Memberontak atau menurut itu semua menjadi taruhan. Konklusinya, manusia tidak boleh berbuat apa-apa. Begitu juga dengan cinta. Cinta antara Vampire dengan Manusia memerlukan pengorbanan. Harus korbankan apa yang ada dan yang paling beharga dalam hidup jika seorang manusia mahu hidup bersama dengan Vampire atau jika ingin menjadi salah satu dari mereka. Ini adalah cerita aku Ofelia yang menjadi hamba kepada Vampire. Namun, aku dikira masih bertuah ya bertuah kerana jadi hamba dalam keluarga yang masih mementing kan kedamaian antara manusia dan keturunan vampire.... A/N: Maaf jika tatabahasa dan juga gaya bahasa bertaburan. Maaf juga jika saya menggunakan bahasa melayu dan Bahasa Inggeris dalam masa yang sama. Saya bukan penulis yang professional menulis ni pun sebab untuk meluangkan masa lapang sambil-sambil mengasah bakat yang tak berapa ada ni. Apapapun "akui nyalam kelok lim. kisss! kiss!" (saya sayang korang semua. kiss! kiss!)