FIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang menunggu tarikh peperiksaan SPM tiba. Ketika menjalani kehidupan sebagai 'calon SPM', abangnya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Dunianya gelap seketika. Semakin hari, semakin banyak ujian yang mendatang. Apa yang lebih berat, ada yang ingin membunuh abangnya yang masih terlantar di katil hospital. Penyeksaan Firas berterusan apabila rakan karibnya AKID WAJDI dan lima orang lagi rakannya RED, SAM, LEE, JA' dan ZARIN turut terkena tempias. Oleh itu, Firas nekad untuk melindungi mereka dan juga keluarganya. Seorang sahabat baik takkan membiarkan sahabatnya dalam bahaya. Oleh itu, mereka juga nekad membantu Firas. Atas kerjasama dan kepercayaan yang wujud diantara mereka, satu per satu teka-teki mula bercantum. Penyelesaian teka-teki itu juga menyebabkan persahabatan mereka mula goyah. "Aku boleh explain benda ni!" - AKID "Fi, let him explain first." - ZARIN "Then, explain!" - FIRAS Siapakah dalangnya? dan mampukah persahabatan mereka bertahan?