Berstatus pasangan suami isteri tapi hanya status saja dan tidak pada kehidupan harian mereka. Ungkapan cinta tidak pernah di luah. Rasa sayang tidak pernah di pamer. Masing-masing sibuk mengurus hal sendiri. Rasa sayang dan cinta tidak pernah dia luah pada isterinya. Tapi bila wanita itu di usik, timbul rasa marah dan tidak puas hati. Haknya tidak ada siapa pun boleh rampas. Dalam sibuk nak pertahankan isterinya, tak sedar masalah itu sebenarnya di timbulkan sendiri oleh datuknya. Dan isterinya berkomplot dengan orang tua itu untuk memberikan pengajaran kepadanya. Berbagai macam cara dan jenis untuk mencuri hati wanita itu tapi sayang. Si isteri boleh pula buat selamba. Usahanya tak putus di situ saja. Dia suami, dia boleh buat apa saja. Lantas di kejar si isteri yang melarikan diri ke kampung, di kampung hidupnya rasa seperti duduk di negara bergolak tapi berbeza cabaran. Dia yang selama ini duduk bekerja di dalam bilik yang selesa siap dengan pendingin hawanya terpaksa berpanas. Kulit yang dulunya putih kini bertukar. Seumur hidup dia tak pernah nak berdiri di dalam lumpur tapi pada hari itu, dia berdiri di dalam lumpur dengan lintah yang sedang menghisap darah di betisnya. Geli memang geli tapi nak buat macam mana. Demi kesayangannya, dia sanggup. Menjala di sungai, memukat di laut, menangkap ikan keli di sawah. Kerja kampung yang dia tak pernah buat sebelum ni, hari ni dia buat. Kerana apa? Kerana kesayangannya.