"Wei, lari wei. Budak gay tu dah datang dah. "kata salah seorang murid dari sekolah itu. "Kenapa dia sekolah di sini ya? Kenapa tak pergi kat lorong je? Kat situ kan ada banyak pondan yang boleh dia kawan."kata salah seorang murid perempuan pula. Halilintar hanya memekakkan telinganya apabila mendengar kritikan tersebut.Begitulah kehidupannya setiap hari, dirinya sering dilempar dengan fitna8h dan pelbagai lagi. Dia cuma mampu bersabar dan terus bersabar. Namun, semua perkara tersebut berubah apabila ada seorang gadis yang datang dalam hidupnya. Dia terharu apabila gadis itu sering mempertahankan dirinya, sehingga terbitnya satu perasaan cinta dalam dirinya.