Homo Dementia:Manusia yang hilang kewarasan Dunia yang aman dan sentosa berubah secara drastik selepas kewujudan makhluk yang terkenal di dalam filem menjadi kenyataan yang disangka hanyalah sebuah fantasi. Zombi, pemburu setia manusia menghancurkan adat tradisi manusia yang sekian lama dipertahankan. Seorang demi seorang menjadi mangsa dimamah, digigit tanpa secalit pun belas kasihan, penuh nafsu dan rakus yang tiada titik noktah oleh si makhluk ini. Dunia yang tadinya seperti taman Eden kini bertukar kepada neraka di dunia atas setiap kemusnahan dan kebinasaan yang terhasil. Di dalam situasi genting ini, para saintis membuka peti punca kewujudan makhluk ini. Wabak ini mengingatkan dunia kepada pandemik yang pernah melanda beberapa dasawarsa yang lalu. Namun, rahsianya tetap menjadi tanda tanya dan menimbulkan kegelisahan mereka tetapi petunjuk menunjukkan ancaman kali ini lebih ganas dan tidak terkawal. Apakah yang mereka patut lakukan? 1001 tanda tanya menjadi bualan di bibir-bibir mulut manusia. Adakah musibah ini dirancang atau hanyalah takdir untuk mengembalikan manusia kepada-Nya? Bazli Fikri, seorang pemuda yang tekad dan berjuang menempuhi perasaan takut dan gelisah. Namun, semakin lama, harapan yang digenggam kian menggelap hingga dia hanya mampu berangan-angan Mat Jenin agar takdir berpihak kepadanya. Dalam dunia yang penuh cabaran dan bahaya ini, mampukah dia bertahan atau akan hanyut ke dalam gaung kehancuran? "It is worth a risk even if we might get infected." - BAZLI FIKRI "Kita perlu bersatu untuk mengalahkan zombi!" -COMMANDER ABBAS "Kenapa kau? Kenapa bukan orang lain?"-SESEORANG Bagaimanakah musibah ini diselesaikan? Mampukah manusia menghapuskan zombi atau merekalah yang lenyap ditelan bumi? ** Start:22/11/2024, 6 pm End:?