Kena kahwin dengan kawan baik abah? Eiiuu... Bunyinya pun dah mengerikan. Namun apa pilihan yang Naura Khalisha ada bila si abah kesayangannya dah memujuk agar dia bersetuju untuk dikahwinkan dengan lelaki yang usianya jauh berdekad-dekad lebih tua darinya. Hafiz Rahim tak sangka jodoh yang selama ini di nanti-nantikan rupa-rupanya anak kawan baiknya sendiri. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang berkahwin dengan Naura diterima dengan hati yang terbuka. Berkahwin dengan Naura tak semudah yang Hafiz sangkakan. Bermacam ragam yang dia kena hadap. Kadang-kadang naik pening jugak dibuatnya. Elok melayari bahtera perkahwinan, satu rahsia yang disimpan kemas oleh Hafiz terbongkar jua. Hati yang sudah diberikan kepada lelaki yang bergelar suami itu hancur remuk. Naura benar-benar dirundum dengan rasa kecewa. "Puas dah hati abang lepas dapat tipu Naura?! Tak sangka rupa-rupanya Naura kahwin dengan seorang lelaki kaki penipu macam abang ni," - Naura Khalisha. "Abang minta maaf. Abang tahu salah abang sebab tak berterus-terang dengan sayang daripada awal lagi tapi percayalah abang memang takde niat pun nak tipu sayang," - Hafiz Rahim. Adakah mereka akan kekal menjadi suami isteri atau perpisahan adalah jalan terbaik buat Naura dan Hafiz? Dan apakah rahsia sebenarnya yang telah disembunyikan oleh Hafiz daripada pengetahuan Naura? 📍 𝗥𝗘𝗔𝗗𝗬 𝗙𝗜𝗟𝗘 📍 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟐𝟒 𝐉𝐚𝐦 📍 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽 👇🏻 📱 0128450800 📱 0128450800 📱 0172580800 TERIMA KASIH SEMUA