Telah diterbitkan dalam novel INDAH karya di bawah Fajar Pakeer dan Popular Malaysia. Nombor dua. Nombor paling dia benci dalam dunia. Bukan permulaan cerita hidupnya, tetapi ianya menjadi salah satu punca malang menimpa dirinya. Tidak pernah dihargai. Tidak pernah dipandang. Halimunan. Hidup dalam keadaan seperti tidak wujud. Mengapa hidupnya sentiasa dihantui oleh nombor dua? Mengapa hidupnya begitu malang apabila dikatakan oleh si pendongeng bahawa hidupnya bakal sengsara kerana satu nombor. Ada sebuah pulau di dunia ini yang menyimpan sesuatu misteri. Di pulau itu, tiada yang tahu kewujudan manusia di sana. Dia tersesat di sana ketika menyertai sebuah rombongan sekolah. Pulau itu bewarna hitam. Semuanya hitam. Seperti pokoknya dihangusi api sebelum ini. Namun di sisi pulau itu juga terdapat satu pulau kecil bewarna putih. Semuanya putih. Seperti salji yang sentiasa menyejukkan pulau itu. "Rule number one, never be number two" "Gila ke?" "Aku tak gila. Ini peraturan pulau ni kalau kau nak teruskan hidup." "Apa jadi kalau ada kaitan dengan nombor dua?" Lelaki misteri itu tersenyum. "Kau akan mati" Original story from Hyun Yunzz (6 September 2022)