Pemergian Karl Lewis ke Korea Selatan telah membuatkan Rasya berasa menyesal kerana tidak sempat meluahkan perasaan cinta kepada lelaki itu. Rasya tetap setia menunggu kepulangannya untuk membetulkan kesilapannya dahulu dan memastikan lelaki itu tahu perasaan Rasya terhadapnya. Cintanya tidak bertepuk sebelah. 6 tahun sudah berlalu, lelaki itu sudah kembali ke tanah air, namun sikapnya berubah menjadi lelaki lain, bukan Karl Lewis yang dia kenal. Apa yang berlaku pada Karl Lewis sebenarnya? Adakah Rasya dapat meluahkan perasannya?