*Previously known as 'NAWIRA:BUNGA HAFIY QAYS* Nawira Wareesha X Hafiy Qays 🦋 Bercinta hampir 5 tahun dan di umur 17 tahun keluarga keduanya setuju untuk mengikat mereka dalam tali pertunangan. Rancangnya, habis sekolah keduanya disatukan dalam ikatan sah. Gila? Memang Gila tapi bagi Nawira rancangan gila itulah kebahagiannya. Dia sudah berangan-angan untuk masuk ke Universiti yang sama dengan cinta hatinya, Aariz Rayyan sebagai pasangan halal. Nawira Wareesha dan Aariz Rayyan. Anak kepada pasangan ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Keduanya sudah saling kenal sejak kecil dan cerita cinta mereka memang sudah menjadi buah mulut sekeliling-Sekufu, sama cantik sama padan! Tapi siapa sangka, Aariz yang bersumpah setia rupanya lelaki hidung belang. Belum setahun tali yang diimpi terikat akhirnya putus di tengah jalan. Angan-angannya musnah dan buatkan Nawira Wareesha trauma menjalinkan hubungan. 5 tahun berlalu, Nawira terjumpa pula dengan si Dia. Hafiy Qays. Seorang yang punya paras yang menarik tetapi dingin! Bunga yang mendekat pasti terkedu dengan layanan acuh tak acuh Hafiy Qays. Tapi lain pula bila dengan Nawira Wareesha! 'I want you to be mine'- Hafiy Qays. 'I'm not something that can be own'- Nawira Wareesha. 🦋 Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage. 🦋 Start : 11 November 2023