"ON GOING" ⚠️ BASED ON TRUE STORY ⚠️ Apabila sampai di kelas , aku menekan suis lampu dan kipas. Aku pergi ke meja dan menarik kerusi untuk duduk. Namun , aku merasa pelik kerana di atas mejaku terdapat satu surat dan juga chewing gum. "surat? chewing gum? aku punya ke?biar betul? ke salah meja?" aku berkata perlahan. Aku membuka surat tersebut untuk memastikan surat tersebut betul-betul milik aku. "to : Ariana Ehhh, nama aku la, siapa pulak yang bagi ni? " aku berkata pelik Aku membaca surat tersebut dengan perasaan yang bercampur baur. Takut ada , pelik ada , gembira pun ada. Aku terus simpan surat dan chewing gum tersebut dalam beg aku. "siapa pulak yang bagi surat kat aku ni agaknya ehh? tak pernah-pernah aku dapat surat."