NARRA ERYSHA, gadis yatim piatu yang tiba-tiba dibawa masuk ke dalam keluarga bangsawan, terpaksa berhadapan dengan realiti baru di Golden High, sebuah sekolah elit yang dipenuhi pelajar kaya dan berpengaruh. Kehidupannya yang serba biasa berubah sekelip mata, namun keluarga yang membawanya masuk langsung tidak menganggap dia wujud.
Di Golden High, pertemuan pertama Erysha dengan TENGKU HADI GIBRAN, pelajar yang kelihatan sedikit sombong tetapi sebenarnya sering membantu Erysha tanpa dia sedari. Pada mulanya, sikap acuh tak acuh Hadi membuatkan Erysha segera menjauhkan diri daripadanya, kerana dia mula tertarik kepada SYED AQRAM DARWISY, jejaka yang sering menolong dia membiasakan diri di sekolat elit tersebut. Namun, perasaan Erysha terhadap Syed tidak berbalas kerana Syed menyimpan hati untuk KU MEDINA SOFEA. Ironinya, Sofea adalah orang pertama yang sudi berkawan dengan Erysha di sekolah itu.
Tanpa disangkakan, Hadi yang selama ini membantu dari bayangan mula tampil ke hadapan, menjadi bahu untuk Erysha bersandar.
Dalam masa yang sama, TENGKU NAZRY EZRYQ, adik Erysha, sentiasa menjadi penyokong setia dalam kehidupannya yang penuh liku. Nazry, yang baik hati dan penuh semangat, adalah satu-satunya ahli keluarganya yang tidak membencinya selain ibu tirinya. Namun, di sebalik keakraban mereka, tersimpan rahsia besar tentang hubungan sebenar antara Erysha dan Nazry yang bakal mengubah kehidupan mereka selama-lamanya.
Dengan bantuan Hadi, Erysha mula menerima kenyataan bahawa cintanya terhadap Syed bukan untuknya, dan perlahan-lahan dia menyedari bahawa takdirnya mungkin lebih besar dari apa yang dia pernah bayangkan. Di tengah-tengah persahabatan, cinta, dan rahsia keluarga, Erysha mendapati dirinya berada di persimpangan takdir yang sukar diramal seolah-olah kehadirannya membawa beban terhadap semua orang yang dikasihinya.All Rights Reserved