**3 hari lalu**
Erysha melangkah keluar dari kereta pak Mat yang membawanya dari rumah anak yatim ke rumah agam yang dikatakan milik keluarganya.
Perasaan bercampur baur dirasakan gugup, sedih, dan sedikit gembira. Akhirnya, dia punya tempat untuk dipanggil rumah walaupun tidak pasti bagaimana penerimaan mereka nanti.
Rumah itu besar dan mewah, jauh berbeza dari suasana rumah anak yatim yang sederhana. Dia menarik nafas panjang dan melangkah masuk ke halaman.
Ketika dia berjalan menuju pintu masuk, tiba-tiba terdengar suara seperti dua orang wanita sedang bertellingkah.
Erysha berhenti di tengah halaman, hatinya berdebar mendengar perbualan yang tidak dijangka. Kakinya seakan-akan terpaku, tak mampu bergerak. Suara marah wanita tua itu menusuk ke dalam jiwanya, membuatkan Erysha terasa asing dan tidak diingini.
"Aku tak mahu budak tu tinggal sini. Macam mana aku nak hidup dengan melihat punca anak kesayangan aku meninggal!" Kata wanita yang kelihatan seperti nenek dengan nada yang tinggi. Muka bengis ditayangkan.
"Bonda tolong lah kesian la kat Narra. Macam mana pun dia tetap anak kandung Amin. Cucu kandung bonda. Tergamak bonda nak biarkan dia hidup sendirian." Pujuk seorang lagi wanita yang lebih muda dari nenek tadi.
Erysha menelan air liur, berusaha menenangkan diri. "Punca anak kesayangan aku meninggal..." kata-kata nenek tadi berulang-ulang dalam fikirannya. Adakah itu benar? Adakah dirinya benar-benar berkaitan dengan sesuatu yang begitu menyakitkan?
Erysha masih terpaku di tengah halaman rumah agam itu, mendengar pertelingkahan antara dua wanita di dalam. Kata-kata nenek tua yang penuh kebencian dan kesedihan itu membuatkan dia jauh hati. Namun, sebelum sempat dia memproses sepenuhnya apa yang didengarnya, satu suara lain mencuri perhatiannya.
Suara tangisan halus seorang kanak-kanak.
Dia menoleh ke arah bunyi tersebut, matanya mencari-cari di sekitar halaman besar itu. Di tepi pagar, seorang budak perempuan kecil, mungkin sekitar lima atau enam tahun, sedang menangis teresak-esak, seolah-olah hilang arah. Budak itu memegang erat sebuah anak patung di tangannya, wajahnya kelihatan cemas dan ketakutan.
Erysha memandang seketika ke arah pintu rumah agam, sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke arah budak perempuan itu. Dia berjongkok untuk menyamai ketinggian budak perempuan itu, lalu Erysha dengan lembut menyentuh bahunya.
"Hey, kenapa menangis ni?" Erysha bertanya dengan suara lembut, cuba menenangkan budak itu.
Budak perempuan itu menggelengkan kepala dan terus menangis. "Saya tak tahu jalan balik. Saya cari abang saya, tapi tak jumpa."
"Nama awak siapa? Akak boleh tolong cari jalan balik." kata Erysha lembut.
"Sara... Tapi semua orang panggil saya Charra," jawab budak itu di sela-sela tangisannya.
Erysha tersenyum. "Okay, Charra. Nama akak Erysha. Mari, kita cari abang awak sama-sama."
Charra memegang tangan Erysha dengan erat. Mereka berdua berjalan mengelilingi taman perumahan, cuba mencari orang yang mengenali tempat tinggal Charra. Setelah beberapa minit, Erysha melihat seorang remaja lelaki yang kelihatan gelisah dan cemas. Dia berlari ke arah mereka apabila melihat Charra.
"Charra pergi mana tadi? Abang dah risau tahu!" marah remaja itu, tetapi jelas lega melihat adiknya selamat.
"Sorry, Abang. Charra sesat tadi," jawab Charra dengan perlahan.
YOU ARE READING
BUKAN UNTUKNYA
Teen FictionNARRA ERYSHA, gadis yatim piatu yang tiba-tiba dibawa masuk ke dalam keluarga bangsawan, terpaksa berhadapan dengan realiti baru di Golden High, sebuah sekolah elit yang dipenuhi pelajar kaya dan berpengaruh. Kehidupannya yang serba biasa berubah se...