BAB 3

3 3 0
                                    

"kau marah aku ke?" Soal Erysha takut-takut melihat Hadi yang dari tadi diam sahaja.

"Kau rasa?" Balas Hadi dingin.

"Ala kau nak marah-marah pulak, kau kan dah kena cop trouble maker. Aku pun nak merasa jadi budak trouble jugak jangan lah tamak nak seorang." Kata Erysha cuba membuat lawak.

Erysha dengan lawak hambar berpisah tiada.

Hadi hanya memandang Erysha dengan pandangan 'seriously Erysha'

"Ya lah sorry. Aku cuma tak nak la kau kena denda. Kau kan dah banyak tolong aku harini. Walaupun kau annoying *disebut perlahan* . Aku tak faham lah kenapa ye kau tolong aku. Rasa pagi tadi di pertemuan pertama kita, and kau macam tak nak layan aku?" Soal Erysha polos.

"Kau rasa? Kau yakin tadi pertemuan pertama kita? Singkat juga ye ingatan kau ni." Kata Hadi, kepala Erysha diketuknya perlahan, langkah dilajukan meninggalkan Erysha tertanya-tanya.

"Aikk aku pernah jumpa dia ke?" Persoalan bermain di mindanya. Cuba mengingati wajah Hadi di fikirannya.

'mustahil lah aku tak ingat mamat annoying macam dia' getus hati Erysha. Yakin yang di Golden High pertemuan pertama mereka.

...

4 RUBY

Sebaik memasuki kelas bersama Hadi semua tumpuan ke arahnya. Mereka seperti berbisik-bisik, mengutuk dia lah tu.

"Dah sampai pun budak selekeh ni, patut lah bau busuk tadi dari jauh pun boleh bau." Jerit Fifi.

"Entahnya, sekejap je dia goda lelaki. budak nakal pulak tu memang geng penyondol selekeh confirm no doubt." Sokong Katty.

"Kau Hafizah! ngan Khadijah! baik tutup mulut longkang korang tu sebelum aku kasi penampar aku kat pipi bedak 10 inci korang tu!!" Bentak Sofea geram meja dihentaknya. Habis dipanggil nama penuh minah dua ekor tersebut.

Nasib tiada guru dikelasnya jadi kalau setakat nak tampar minah dua ekor ni lepastu masuk detention kelas pun apa salahnya.

"Ery! Kau okay tak?! Sorry aku tak boleh ke bilik disiplin tu tadi cikgu addmath garang tak boleh keluar. Si Hadi ni takpa la kebal. Ada gunanya jugak kan perangai troublemaker kau tu." Kata Sofea seluruh tubuh Erysha di ceknya.

"Kau kena denda apa?" Soal Syed.

"Tak da apa pun sikit je kena rotan ja" kata Erysha selamba.

"Sikit apanya. 10 kali tau tak. Merah dah tangan tu acah kuat ja." Kata Hadi.

"What!! 10 kali! Its too much tahu. Kejap kau Shahril aku datang." Sebab geram sikit lagi Sofea pecut ke bilik disiplin tetapi sempat ditahan Syed.

"Kau pergi sana nak buat apa tumbuk cikgu." Soal Syed.

"Aku rotan lah dia balik. 10 kali kot! Perempuan selalu kena 5 kali je paling banyak. Ni mesti sebab korang kan!!" Marah Sofea. Meja dua diva itu ditujunya.

"Kaukalau nak gaduh cari kawan sama level lah!!!" Bentak Sofea. Syed danErysha di belakang cuba menahan Sofea dari meletus.

Hadi hanya melihat, senyuman diukir puas. Biar lah Sofea setel. Perempuan tu pun boleh tahan. Seni pertahanan diri apa je dia takdak semua dia bolot. Silat, karate, taekwondo, judo dan sebagainya semua dalam kocek dia je.

Katty ingin menampar Sofea tetapi ditahan tangannya. Tamparan dibalas. 'kena'.

Terjatuh terduduk terus Katty. Jangan main-main dengan Ku Medina Sofea lah.

Langkah dibawa kembali ke tempatnya. Puas hatinya walau belum sepenuhnya. Sebab dia tahu Qistina dalang utama.

...

BUKAN UNTUKNYAWhere stories live. Discover now